Jose Mourinho akui sukar untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara Eropah dengan pasukan Tottenham ini

Jose Mourinho

“Ianya sangat sukar dengan skuad yang kami ada sekarang,” akui pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengenai peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Tottenham telah tersingkir dari saingan UCL musim ini selepas ditewaskan RB Leipzig 3-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 pasukan terakhir pada awal pagi tadi.

Dua jaringan gol Marcel Sabitzer dan satu gol Emil Forsberg di Red Bull Arena memastikan kelab Jerman tersebut layak ke pusingan seterusnya dengan selesa dengan menang agregat 4-0.

Ramai pemain skuad utama Spurs mengalamai kecederaan termasuklah penyerang utama, Harry Kane.

“Dan kini mereka tujuh mata ketinggalan dari tempat empat pasukan teratas PL, dan akan menghadapi Manchester United pada hari Ahad ini.

“Masalah kami tidak akan hilang pada keesokan hari,” kata Mourinho.

“Setiap pasukan dalam dunia akan bergelut apabila lima atau enam pemain utama tidak dapat beraksi. Ianya semudah itu.

“Jadi ianya satu masalah yang besar. Saya tahu pasukan kami pasti lebih baik pada musim baru nanti dengan kembalinya pemain-pemain ini, tetapi kami tahu kami perlu meningkatkan lagi di bahagian lain.

“Saya tidak akan memberitahu anda dengan lebih jelas. Tetapi saya lihat ada kesilapan pada gol pertama dan kedua yang kami lepaskan, dan saya lihat bagaimana kami membuat pemain pertahanan mereka mendominasi perlawanan.

“Kami mempunyai beberapa masalah dan mereka tidak mempunyai masalah kecederaan.

“Tetapi tiada pasukan di dunia boleh mengatasi dengan masalah kecederaan seperti ini dalam tempoh yang lama.

“Mereka mencuba untuk memotivasikan diri mereka dan memberikan segalanya dalam perlawanan seterusnya, tetapi ianya bukan mudah buat mereka.

Jose Mourinho mengatakan pasukan bimbingan Julian Nagelsmann lebih baik dalam perlawanan awal pagi tadi.

Mourinho juga mengakui RB Leipzig layak mara ke pusingan suku akhir.

“Fizikal, kesungguhan, irama, serang balas dan memenangi pertarungan di bahagian pertahanan, mereka satu pasukan yang sungguh kuat, mempunyai kelebihan dengan pemain-pemain terbaik mereka dan bangku simpanan yang diisi dengan pemain yang berkualiti menentang sebuah pasukan yang bermasalah.

“Kesemua pemain di bangku simpanan Leipzig mahu bermain pada saat ini menentang pasukan saya.

Be the first to comment