Connect with us

Arsenal

Kepentingan Nelson dalam falsafah menyerang Arteta di Arsenal.

Published

on

Pemain sayap muda The Gunners kembali penuh bergaya di Portsmouth, membezakan dirinya dengan pemain sayap lain Arsenal.

Selepas mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu dengan Leeds United pada bulan Januari, Reiss Nelson akhirnya membuat kemunculan kembali Arsenal di Fratton Park dan pemain muda ini berjaya mempamerkan persembahan yang mengagumkan.

Menghasilkan dua bantuan gol dan kegigihannya adalah merupakan kunci utama kepada kemenangan The Gunners pada perlawanan tersebut (menentang Leeds dan Portsmouth).

Beliau menunjukkan dirinya sebagai pemain berbahaya sejak awal permainan dan apabila dia mendapat peluangnya, Pompey jelas tidak sepadan dengannya.

Di samping prestasi yang mengagumkan, apa yang menarik adalah melihat di mana dan bagaimana Arteta memainkannya.

Advertisement

Apabila Arteta pertama kali tiba dikelab, beliau akan memainkan Nelson sebagai pemain sayap kanan, tetapi mengubahnya ke sayap kiri sebelum pemain itu mengalami kecederaan.

Dengan Arsenal memberi tumpuan untuk menyerang di sebelah kiri ketika itu, ia kelihatan seperti Arteta menyedari dimana kelebihan pemain muda berusia 20 tahun itu mampu berada didalam skuadnya.

Kesebelasan utama dan formasi Arsenal ketika menentang Leeds United.

Terutamanya selepas Arteta menyaksikan sendiri apa yang mampu diberikan Nelson dan nyata beliau kagum dengan persembahan pemain itu yang begitu sempurna ketika menentang Leeds United dalam saingan Piala FA.

Serangan Arsenal lebih terarah belah kiri ketika menentang Portsmouth.

Apabila Arteta menggunakan Nelson untuk bermain pada bahagian bertentangan dengan diri pemain itu (kaki kanan memainkan sayap kiri), jelas ia memberi banyak kelebihan.

Dalam pemilikan, pemain itu memenuhi tiga tugas berasingan.

Satu: memacu atau membawa ke bahagian dalam dengan membuka ruang kepada pemain pertahanan kiri.

Advertisement

Dua: memegang kedudukannya jauh keluar untuk membenarkan pertahanan kiri melakukan serangan ke dalam kawasan lawan.

Tiga: mengekalkan kedudukannya ketika serangan berlaku pada bahagian sayap bertentangan, memberikannya ruang untuk masuk dan menyelesaikan pemotongan (cutback).

Corak-corak ini telah dapat dilihat sepanjang tempoh singkat Arteta di Arsenal.

Dengan Pierre-Emerick Aubameyang dan Gabriel Martinelli di sebelah kiri dan Nicolas Pepe di sebelah kanan.

Advertisement

MENENTANG LEEDS UNITED

Nelson mengikuti rancangan Arteta itu dengan baik apabila beliau berjaya memasuki ruang yang tepat pada waktu yang tepat untuk menjaringkan gol kemenangan The Gunners ke atas Leed United (saingan Piala FA).

Reiss Nelson Positioning Vs Leeds ( (Image: Wyscout)

Pada permulaan gerakan itu, Nelson berada jauh diluar dan dapat diperhatikan dimana Luke Ayling mencari di manakah Nelson dengan Pepe mula memasuki ke kawasan zone 14.

Nelson telah melihat ruang antara Ayling dan rakan sepasukannya tetapi masih mengekalkan kedudukannya (diluar).

Pergerakan Mesut Ozil yang mula memasuki sebelah kiri juga boleh menyebabkan Ayling menjadi kurang peka untuk mengawasi Nelson dan lebih tertumpu kepada pergerakan bola.

Advertisement
Reiss Nelson Positioning vs Leeds (Image: Wyscout)

Menyedari kedudukan Nelson berada, Ayling meminta bantuan rakan sepasukannya, namun tiada siapa yang datang membantu.

Sekali dia berpaling ke Nelson, semuanya sudah berakhir.

Pemain sayap Arsenal itu meledakkan gol setelah ruang terbuka tanpa dicabar lawan terhidang dengan Pepe dan Ozil juga turut datang dari belakangnya.

Alexandre Lacazette menghantar bola yang salah, mencari Pepe tetapi Nelson yang berada di kawasan yang tepat untuk menyudahkan hantaran tersebut.

Reiss Nelson Positioning vs Leeds (Image: Wyscout)

Pemain-pemain Leeds menutup dan memberi fokus terhadap Pepe, bola melantun ke kawasan gol dan pemain berusia 20 tahun melengkapkan jaringannya.

Sementara Ayling masih dibelakang, memberinya ruang selesa kepada Nelson.

Advertisement

Dari sebelah kanan, bagaimanapun, Nelson menunjukkan kepada ketua jurulatihnya bahawa jika Arteta mahukan pemain sayap sejati (direct winger), dia juga boleh melakukan tugasan itu untuknya.

Nelson mengakhiri malam itu dengan melakukan 12 hantaran, mencipta empat peluang, ia adalah cara terbaik untuk memperkenalkan dirinya sebagai pemain yang boleh bermain di kedua-dua bahagian sayap pada tahap tertinggi.

MENENTANG PORTSMOUTH

1. Hantaran silang Reiss Nelson vs Portsmouth (Image: Wyscout)

Di sini, Nelson mengambil bola dari posisi yang lebih dalam (bahagian tengah) tapi masih mampu menggunakan kelebihannya.

Dia membunuhnya, menghantar bola ke Joe Willock dan memintanya kembali dengan segera kerana dia melihat jurang antara pertahanan kiri dan pertahanan tengah untuk mengeksploitasi ruang tersebut.

Advertisement
2. Hantaran silang Reiss Nelson vs Portsmouth (Image: Wyscout)

Nelson mudah melepasi jurang yang tercipta itu dan mengatasi Christian Burgess.

Kelajuan bukanlah satu-satunya yang dikagumi di sini tetapi keupayaan teknikalnya untuk memastikan bola sentiasa melekat pada kakinya semasa bergerak (berlari).

3. Hantaran silang Reiss Nelson vs Portsmouth (Image: Wyscout)

Pada kesempatan ini, beliau tidak menghasilkan hantaran silang yang diperlukan tetapi ia adalah titik permulaan.

Dia masuk ke kawasan yang betul dan terus melakukannya sepanjang permainan.

Harus dikatakan juga bahawa pergerakan out-to-in Martinelli di sini sangat menarik untuk dilihat.

Nelson mampu menyempurnakan semua hantaran silangnya sepanjang perlawanan itu dan hantarannya ke Eddie Nketiah sangat mengagumkan.

MENENTANG CHELSEA

Advertisement

Mungkin ada yang mempertikaikan kebolehan Nelson dalam falsafah menyerang Arteta kerana dua perlawanan diatas adalah menentang pasukan muda, lawan dari League One tetapi dia melakukan hasil yang sama ketika menentang Chelsea.

Perbezaan besar adalah jumlah (beberapa kali) Arsenal menembusi lawan melalui Nelson dan bagaimana klinikal rakan sepasukannya setiap kali menerima bola hantarannya.

Ketika pasukan Frank Lampard bermula dengan tiga pertahanan, Nelson pantas menguji ruang antara Emerson dan barisan pertahanan tengah Chelsea.

Ini menyaksikan dia masuk ke belakang mereka beberapa kali sebelum Jorginho sikeluarkan dan mereka beralih ke empat pertahanan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, dia tetap menjadi sebab atau menyebabkan masalah untuk Blues.

1. Hantaran silang Reiss Nelson vs Chelsea (Image: Wyscout)

Di sini, Nelson telah memulakan gerakan dibelakang Emerson, memberikannya kesempatan untuk memotongnya, untuk menerima hantaran Ainsley Maitland-Niles.

2. Hantaran silang Reiss Nelson vs Chelsea (Image: Wyscout)

Dia sebenarnya berlari ke arah pertahanan kiri lawan yang membolehkannya mendapatkan bola terlebih dahulu.

Pemain berusia 20 tahun itu masih melakukan tugasnya untuk menghantar bola masuk ke kawasan yang perlu bola itu berada.

Aubameyang bergegas untuk menerima hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, Aubameyang memilih untuk tidak melakukan percubaan, sebaliknya dia memilih menyesuaikan badannya semasa berlari untuk menghantar bola kembali ke Lacazette.

Advertisement
3. Hantaran silang Reiss Nelson vs Chelsea (Image: Wyscout)

Menunggu bola jatuh memberi masa kepada N’Golo Kante untuk menyelamatkan keadaan dan melakukan clearance.

Nelson jelas seorang pemain yang pintar dalam kedudukan yang diambilnya dan sangat berkesan ketika bola berada di kakinya, kembalinya setelah berehat ekoran kecederaan, pasti akan menguntungkan Arsenal.

Ketika ketiadaannya, Arteta telah mencuba Aubameyang dan Martinelli di sebelah kanan ketika merehatkan Pepe tanpa banyak kejayaan.

Kedua-duanya lebih banyak dilihat sebagai penyudah berbanding seorang yang mampu mengelecek lawan dan ini sangat jelas apabila mereka berdua keluar dari posisi sayap yang dimainkan.

Sekarang, jika Arteta mahu memberikan Pepe rehat atau jika dia hanya mahu mengambil pendekatan permainan secara berbeza dan menjadi lebih sukar diramalkan, beliau kini mampu dan boleh melakukannya.

Advertisement

Dengan Nelson mampu melakukan kerja-kerja cemerlang di kedua-dua bahagian sayap, dia akan sangat berguna untuk bulan-bulan terakhir musim ini.