Klopp ‘penuhi’ permintaan Daragh Curley.

Bagaikan tidak mahu menghampakan peminat United berusia 10 tahun, pengedali Liverpool ‘korbankan’ pasukannya.

Hampir sebulan selepas seorang peminat cilik Manchester United menulis surat kepada pengendali Liverpool, merayu dan meminta supaya dia dan pasukannya berhenti memenangi setiap perlawanan, kini permintannya itu bagaikan ‘dipenuhi’ Jurgen Klopp.

Daragh Curley, 10 tahun bagaimanapun sebelum itu menerima jawapan daripada Klopp, mengatakan yang dia kagum dengan minatnya terhadap bolasepak tetapi tidak mampu menunai permintaan berkenaan kerana jutaan peminat Liverpool mahukan kemenangan.

Walaupun Klopp enggan memenuhi permintan Curley, namun ianya tampak menjadi kenyataan apabila Liverpool tewas tiga kali daripada empat perlawanan terakhir mereka.

Hasrat Liverpool untuk menyamai rekod tanpa kalah Arsenal juga berkecai selepas tewas 3-0 kepada Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan 2-0 kepada Chelsea, dalam saingan Piala FA.

Misi Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara juga semakin goyah apabila tewas 1-0 kepada Atletico Madrid pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir.

Satu-satunya perlawanan yang dimenangi, 3-2 ke atas West Ham juga tidak membayangkan prestasi sebelumnya Liverpool yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 22 mata ke atas pesaing terdekat, Manchester City.

Antara komen menarik di media sosial berkenaan situasi itu: “Liverpool kini tewas kepada Atletico, Watford dan Chelsea sejak budak kecil di Donegal menulis surat kepada Jurgen Klopp.”

” Pujian hebat kepada anak muda Daragh Curley seorang peminat United yang mengambil masa untuk menulis surat kepada Jurgen klopp untuk meminta Liverpool kalah untuk beberapa permainan. Sejak itu, Liverpool kalah 1-0 kepada Atletico Madrid, kalah 3-0 kepada Watford yang menamatkan ‘undefeated run’ dan malam ini daripada Piala FA.”

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment