Kylian Mbappe sah NEGATIF COVID-19

Kylian Mbappe

Kylian Mbappe boleh menarik nafas lega selepas ujian dan pemeriksaan kesihatan menunjukkan dia negatif dari jangkitan virus Corona.

Kerisauan timbul selepas pemain sensasi Paris Saint-Germain tersebut jatuh sakit menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Dortmund.

Penglibatannya dalam perlawanan tersebut diragui, namun para doktornya di Paris telah mengesahkan dia boleh bermain (sumber L’Equipe).

Paris Saint-Germain terus bersedia akan kemungkinan buruk tersebut, namun ujian akhirnya menunjukkan sakit tekaknya itu bukanlah berpunca dari virus Corona

Mbappe mengalami angina, satu kesakitan di dada yang berpunca dari penurunan perjalanan darah ke otot jantung, dengan pelbagai gejala lain.

Pengurus kelab, Thomas Tuchel akan membuat keputusan lewat samaada mahu memasukkan Mbappe dalam skuad menentang Dortmund.

Pasukannya telah tewas perlawanan pertama 2-1, dan mereka memerlukan penyerang berprolifik ini andai mahu mara ke pusingan seterusnya.

Perlawanan ini akan dimainkan di stadium tertutup bagi menghentikan penyebaran virus corona, namun beribu-ribu peminat dijangka akan berkumpul di luar stadium.

Be the first to comment