Liga Juara-Juara dan Liga Europa dijangka ditangguhkan dengan serta merta.

Penangguhan dan penutupan dua pertandingan dijangka tidak lama lagi.

Menurut penerbitan Sepanyol, Marca, kedua-dua pertandingan kontinental kelah Eropah ditetapkan untuk digantung.

Manakala sumber lain seperti Mundo Deportivo dan Sky Sports, juga melaporkan berita tersebut.

Malah perlawanan Liga Europa hari ini akan ditangguhkan, serta perlawanan minggu depan bagi saingan Liga Juara-Juara juga turut ditangguhkan.

Pun begitu, ciapan UEFA mengatakan bahawa perlawanan Liga Europa masih diteruskan, cuma dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Maklumat ini tidak rasmi lagi kerana tiada pengumuman telah dibuat oleh UEFA.

Walau bagaimanapun, ia dijangka akan mengesahkannya dalam masa terdekat.

Sementara itu, dinyatakan bahawa Liga Perdana Inggeris akan diteruskan seperti yang dirancang, walaupun mungkin beraksi secara tertutup, tanpa kehadiran penonton.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment