Connect with us

Corona Virus (COVID-19)

Liga Perdana, FA, EFL dan WSL sebulat suara menangguhkan perlawanan.

Published

on

Liga Perdana, FA, EFL dan WSL bersetuju untuk menangguhkan permainan profesional di England.

Ekoran wabak coronavirus (covid-19) melanda UK dan beberapa individu bolasepak yang bersaing dalam liga ketika ini disahkan positif penyakit itu, pihak Liga Perdana Inggeris telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan masalah ini.

Melalui siaran yang dibuat pada laman rasmi Liga Perdana Inggeris, mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk menangguhkan perlawanan dan aksi liga profesional mereka buat sementara.

Petikan mengatakan : “Berikutan mesyuarat Pemegang Saham hari ini, ia sebulat suara memutuskan untuk menggantung Liga Perdana dengan niat untuk kembali pada 4 April, tertakluk kepada nasihat dan syarat perubatan pada masa itu. “

Advertisement

Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters berkata: “Sehubungan itu juga, kami berharap Mikel Arteta dan Callum Hudson-Odoi agar segera pulih, dan semua orang lain yang terkena COVID-19.

“Dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kami bekerjasama secara rapat dengan kelab kami, kerajaan, FA dan EFL dan dapat meyakinkan semua orang bahawa kesihatan dan kebajikan pemain, kakitangan dan penyokong kami adalah keutamaan kami.”

Walaupun terdapat cabaran, namun ia jelas matlamat utama Liga Perdana adalah untuk menjadualkan semula perlawanan bolasepak, termasuk yang dimainkan oleh pasukan Akademi, apabila ianya selamat untuk berbuat demikian.

Pihak Liga Perdana Inggeris juga akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang kemaskini mengenai perkara ini, ianya akan disiarkan dengan segera.

Advertisement

Sementara itu, kita semua juga diminta berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak ini.

Ingat, kesihatan lebih diutamakan dan bolasepak tidak berguna jika diri sendiri tidak mampu untuk menyaksikannya.