Martin Dubravka terlepas aksi bersama Newcastle United kerana kecederaan lutut.

Martin Dubravka

Penjaga gol Slovakia ini telah mengalami kecederaan tersebut ketika menang 1-0 ke atas Southampton hujung minggu lepas.

Dia telah menjalani ujian imbasan pada lututnya, dan pihak kelab mengesahkan dia akan terlepas aksi selama enam hingga lapan minggu.

Newcastle juga tidak menolak kemungkinan yang penjaga gol utama mereka ini akan terlepas baki perlawanan musim ini.

Dia sudah pasti tidak akan beraksi dalam perlawanan suku akhir Piala FA menentang Manchester City pada 21 Mac nanti.

Sejak membuat debut PL bersama the Magpies pada Februari 2018 (menang 1-0 ke atas Manchester United), dia tidak pernah terlepas satu pun dalam 78 perlawanan PL seterusnya.

Kemenangan ke atas the Saints minggu lepas telah membawa Newcastle lapan mata menjauhi zon penyingkiran dengan baki sembilan perlawanan lagi musim ini.

Kenyataan rasmi Newcastle United: “Newcastle United boleh memberi pengesahan bahawa Martin Dubravka telah mengalami kecederaan lutut ketika beraksi dalam perlawanan PL menentang Southampton pada Sabtu lepas.

“Pemain antarabangsa Slovakia ini telah mula rasa kesakitan sebelum tepat sejam perlawanan di St Mary tetapi memilih untuk meneruskan perlawanan, malah mendapat clean sheet kesembilannya musim ini dan menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan Steve Bruce.

“Dia telah diperiksa lagi pada hari Isnin dan tidak boleh beraksi sekurangnya dalam baki bulan ini.”

Dubravka menyertai Newcastle secara tetap dari Sparta Prague pada Julai 2018, selepas melalui tempoh pinjaman yang berjaya pada musim 2017/18.

Penjaga gol berusia 31 tahun ini berjaya mencatat 24 clean sheet dari 80 penampilannya bersama Newcastle dalam semua kejohanan.

Nampaknya Steve Bruce perlu membuat keputusan yang tepat samaada mahu menggunakan Karl Darlow atau Rob Elliot semasa ketiadaan Dubravka di posisi penjaga gol.

Rob Elliott (kiri) dan Karl Darlow

Be the first to comment