Mikel Arteta semakin pulih dari virus Corona

Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta telah disahkan positif COVID-19 kelmarin.

Dia menjadi kakitangan bukan pemain pertama dari kelab PL dijangkiti virus tersebut, dan menyebabkan pihak PL membuat keputusan untuk menangguh kesemua perlawanan PL sehingga bulan April.

Dia memberikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya dalam akaun Twitternya, yang bertulis: “Terima kasih atas sokongan anda. Sudah berasa lebih baik. Kita semua menghadapi cabaran yang besar dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Kesihatan semua orang lebih penting sekarang ini. Lindungi satu sama lain dan patuhi setiap garis panduan dan kita akan dapat mengatasinya bersama-sama. Bagus Premier League kerana membuat keputusan yang tepat.”

Berita mengenai Arteta dijangkiti virus ini keluar sejam selepas PL membuat pengumuman bahawa kesemua perlawanan liga minggu ini akan diteruskan seperti dalam jadual.

Tetapi PL terpaksa membuat mesyuarat kecemasan bagi mendapatkan kata-kata putus dari setiap wakil kelab PL musim ini.

Dan akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menangguh setiap perlawanan profesional bolasepak England sehingga bulan April.

Be the first to comment