Arsenal
Nelson namakan perlawanan yang paling mengasyikkannya ketika bergelar The Gunners.
Published
4 years agoon
Bekas pemain Arsenal, Sammy Nelson menghabiskan 15 tahun di Arsenal, membuat 339 penampilan untuk The Gunners.
Sammy Nelson menyertai Arsenal sebagai pemain remaja pada usia 16 tahun dan menjadi pemain profesional pada ulang tahun ke-17nya pada tahun 1966.
Pada asalnya, beliau merupakan pemain sayap kiri, namun kemudian ditukarkan ke barisan pertahanan untuk menjadi pemain pertahanan kiri.
Beliau merupakan antara pemain yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA Remaja 1966 di mana Arsenal mengalahkan Sunderland 5-3 dalam dua perlawanan (timbal balik).
Sepanjang karier profesionalnya selaku pemain bolasepak, beliau hanya mewakili dua kelab sahaja iaitu Arsenal dan Brighton & Hove Albion.
Namun tempoh beliau bersama Brighton & Hove Albion tidak lama apabila hanya bertahan selama dua musim.
Karier Bolasepak Sammy Nelson
- 1966–1981 – Arsenal
- 1981–1983 – Brighton & Hove Albion
Beliau yang menghabiskan masa lima belas tahun di Highbury, telah mengimbau kembali perlawanan yang dia masih ingat, walaupun selepas 40 tahun.
Ia adalah perlawanan akhir Piala FA antara Arsenal dan Man United, yang dimainkan pada 12 Mei 1979.
“Kami telah mendahului 2-0 dan mereka menyamakan kedudukan 2-2 dengan hanya beberapa minit untuk ditamatkan,” katanya seperti yang diterbitkan pada laman web rasmi Brighton.
“Kami sepatutnya tiga atau empat gol didepan. Kemudian kami memulakan dan menjaringkan bermula dari kawasan sepak mula untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.
“Selepas gol penyamaan mereka masuk, terdapat klip di mana anda dapat melihat saya di kawasan penalti disekitar kawasan rumput yang tercabut.
“Dan saya sedang melihat ke kiri di mana tindakan lawan yang menghantar bola ke kotak (kawasan penalti) dan berfikir ‘Beberapa minit yang lalu kami adalah separuh jalan untuk memenangi perlawanan.’
“Namun, kemudian kami bermula kembali dan bola datang kepada saya, saya menghantarnya kepada Frank Stapleton.
“Dia menghantarnya kembali kepada Liam Brady, yang melangkah ke arah Jimmy Nicholl, pertahanan kanan United.
“Jimmy terpaksa masuk ke dalam untuk menghentikan Liam, jadi Liam menghantarkan bola di luar untuk Graham Rix.
“Kami biasa berlatih untuk melakukan hantaran silang yang akan menggoda penjaga gol untuk keluar meluru mendapatkan bola tetapi ia akan melencong jauh dari mereka.
“Dan itulah yang berlaku.
“Gary Bailey salah mengagak pergerakan bola itu dan Alan Sunderland datang dari belakang dan menyudahkannya.
“Ia adalah detik yang hebat terutama apabila anda menyaksikan perlawanan akhir (Piala FA) dan suasana (atmosfera) yang begitu menakjubkan.
“Untuk bermain di dalamnya dan memenanginya sangat mengagumkan.”
Rangkuman perlawanan akhir Piala FA antara Arsenal dan Man United, 12 Mei 1979.
Arsenal sepatutnya berkunjung Stadium Falmer hujung minggu ini bagi aksi Liga Perdana Inggeris.
Namun perlawanan ini terpaksa ditunda ekoran ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta positif coronavirus.
You may like
-
Kepimpinan dan kualiti Lacazette dipersoalkan.
-
Revolusi Marseille bersama pemain-pemain Arsenal.
-
Legenda Arsenal, Thierry Henry sertai Cesc Fabregas menjadi sebahagian pemilik Como.
-
Alex Song bantu AS Arta/Solar7 juarai liga 2022
-
Mesut Ozil telah disingkirkan daripada skuad Fenerbahce.
-
Arteta ‘geram dan marah’ kepada Aubameyang?
You must be logged in to post a comment Login