Nelson sangat istimewa

“Dia boleh menghancurkan pemain apabila ‘satu vs satu'” – Arteta.
  • Arsenal melangkah peringkat lapan pasukan (suku akhir) setelah mengalahkan Portsmouth 2-0, hasil gol dari Sokratis dan Eddie Nketiah.
  • Reiss Nelson terlibat dalam kedua-dua gol, kembalinya beliau dari kecederaan dengan penuh bergaya.
  • Mikel Arteta pantas memuji kualiti dan bakat pemain muda itu.

Pemain muda Arsenal, Reiss Nelson mengingatkan kita apa yang boleh diberikannya pada bahagian final third apabila menghasilkan dua bantuan gol ketika menentang Portsmouth.

Kedua-dua gol yang dijaringkan awal pagi tadi, dengan masing-masing oleh Sokratis dan Eddie Nketiah merupakan hasil daripada umpanan Nelson.

Persembahan mantap pemain muda berusia 20 tahun itu mendapat pujian Ketua Jurulatih, Mikel Arteta selain gembira dengan kemunculan kembali pemain England dengan kualiti yang dipersembahkannya itu.

“Kita mempunyai rentak dengan pemain yang laju di hadapan.

“Reiss Nelson adalah pemain yang istimewa dan boleh ‘melenyapkan’ pemain apabila bertemu satu sama satu (1 vs 1).

“Dia tidak beraksi untuk seketika tetapi dia kembali sekarang dan dia menunjukkan apa yang dia mampu lakukan, “kata Arteta kepada BT Sport.

Selain Nelson, Arteta turut memberi pujian kepada pemain-pemain muda yang lain juga yang beraksi pada perlawanan tersebut.

Kesebelasan utama Arsenal menentang Portsmouth

“Saya mempunyai kenyakinan terhadap pemain-pemain muda ini.

“Mereka sentiasa bertindak balas dan saya sentiasa tahu bahawa mereka akan melakukannya.

“Mereka perlu belajar dari masa-masa sukar dan tahu menghadapinya tetapi mereka mempunyai bakat dan keinginan, dan lihatlah betapa kuatnya mereka bekerja.”

Arsenal kini memasuki peringkat lapan pasukan terbaik dalam saingan Piala FA dan akan mengetahui lawan mereka pada malam Khamis selepas undian tersebut dibuat.

Baki perlawanan peringkat kelima Piala FA.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment