Nolberto Solano ditahan oleh pihak polis Peru

Nolberto Solano

Bekas pemain Newcastle United ini telah ditahan oleh pihak polis Peru kerana melanggar perintah berkurung negara asalnya itu.

Peru telah mengeluarkan perintah berkurung dari pukul 8 malam sehingga 5 pagi setiap hari bagi menangani penyebaran wabak virus corona.

Solano, yang kini menjadi pembantu jurulatih skuad kebangsaan Peru, telah ditahan kerana menghadiri perjumpaan sosial pada petang Khamis.

Selain Newcastle, Solano juga pernah bermain untuk Aston Villa, West Ham United, Hull City, Leicester City, dan Hartepool United, membuat keseluruhan 410 penampilan sepanjang kariernya di England.

Rekod Nolberto Solano menentang Arsenal (sumber: transfermarkt)

Dia memberitahu stesen radio RPP Noticias: “Mereka yang mengenali saya pasti tahu saya sudah cuba menangani diri saya sebaik mungkin.

“Ia bukanlah satu parti, ianya adalah majlis makan tengahari yang dibuat oleh jiran saya (dan menjemput saya) – ianya agak lewat, tetapi tidak lebih dari lima atau enam orang.

“Secara jujurnya saya sangat menyesali perbuatan ini dan saya memohon maaf.

“Saya tidak akan memberikan penjelasan mengenainya.

“Ianya agak sukar untuk semua orang, tetapi yang paling penting adalah kesihatan kita, kita tidak dapat melakukan apa-apa tanpanya.”

Be the first to comment