Nottingham Forest sahkan semua pemain dan kakitangan kelab NEGATIF COVID-19

Nottingham Forest

Kelab Championship tersebut pantas melakukan pemeriksaan terhadap kesemua pemain dan kakitangan kelab selepas pemilik kelab disahkan positif Virus Corona.

Evangelos Marinakis, yang juga pemilik kelab Olympiakos telah mendedahkan dalam akaun Instagramnya yang dia sudah dijangkiti virus itu.

Dia menulis: “Virus tersebut telah menjangkiti saya. Saya rasa saya sememangnya perlu menyampaikan [berita ini] kepada semua.”

Kenyataan rasmi kelab bertulis: “Nottingham Forest boleh mengesahkan bahawa kesemua pegawai, kakitangan dan pemain sudah diuji untuk virus Corona, dan kesemua keputusan yang diterima adalah negatif.

Dalam masa beberapa jam selepas berita pemilik kelab dijangkiti dan sah positif virus itu, pihak kelab pantas mengambil tindakan untuk mengatur ujian untuk kesemua para pemain skuad utama, kakitangan dan pegawai yang telah bertemu dan berhubung secara terus dengannya pada minggu lepas.

Pihak kelab akan terus melakukan perbincangan secara tertutup dengan badan kerajaan dan penguatkuasa bolasepak yang berkaitan untuk memastikan langkah-langkah yang betul telah diambil.

Olympiakos juga mengesahkan kesemua para pemain mereka disahkan negatif virus itu.

Be the first to comment