Pasukan Arsenal ketika ini tidak layak untuk ke Liga Juara-Juara.

Kevin Campbell
Bekas pemain tidak ‘mempercayai’ pasukan Arsenal mampu layak ke Liga Juara-Juara.

Menurut Mirror, bekas pemain Arsenal, Kevin Campbell mengaku pada rancangan AFTV bahawa dia tidak dapat ‘mempercayai’ pasukan semasa The Gunners akan melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Bekas penyerang itu mendakwa bahawa pasukan semasa tidak ‘konsisten’ dan ‘apabila menerima tekanan, mereka tidak dapat bangkit untuk mengatasinya.’

Keputusan Campbell kelihatan agak mengecewakan tetapi mungkin juga ianya adalah satu serangan secara psychology terhadap pemain-pemain Arsenal ketika ini – cabaran kepada mereka.

Campbell menghabiskan sedekad bersama Arsenal, pemain antarabangsa England B telah melalui pengalaman di akademi sebelum dinaikan pangkat untuk diberikan peranan penting bersama The Gunners.

Arsenal kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris, ketinggalan ataupun dibezakan lapan mata daripada seteru London, Chelsea di tangga keempat.

Bagaimanapun pasukan kendalian Arteta masih mempunyai satu permainan di tangan.

Penggantungan Manchester City dari beraksi dalam saingan Eropah bermakna bahawa pasukan Arteta masih mampu beraksi dalam saingan elit Eropah (Liga Juara-Juara) sekiranya menamatkan saingan musim ini ditangga kelima.

Berikut adalah apa yang dikatakan Campbell mengenai harapan Liga Juara-Juara terhadap Arsenal:

“Adakah anda mempercayai Arsenal?

“Saya berlaku jujur, saya tidak, itu bukan negatif, itu yang saya lihat.

“Baiklah secara jujurnya, ini yang telah berlaku terlalu lama.

“Mereka tidak konsisten.

“Apabila menerima tekanan, mereka tidak boleh bangkit untuk mengatasinya.

“Saya suka sekiranya saya terbukti salah, saya menjadi orang pertama yang memberikan pujian kepada mereka, tetapi saya tidak melihatnya.

“Bolehkah mereka melakukannya? Ya, mereka mempunyai keupayaan.

“Tetapi amanah itu? Ia tidak ada di sana. ”

Arsenal telah memenangi dua perlawanan terakhir Liga Perdana mereka dan menjadi tuan rumah kepada saingan London, West Ham pada malam ini.

Semenjak Arteta mula mengambil alih pasukan, kedudukan liga tidak banyak berubah dengan sentiasa berada dipertengahan, namun sesuatu yang pasti, Arsenal telah mula menampak kegarangannya.

Dan kedudukan Arsenal itu juga banyak disumbangkan dengan keputusan seri, dimana The Gunners merupakan pasukan tertinggi mencatatkan keputusan seri, dikalangan 10 teratas liga.

Arsenal mencatatkan 13 keputusan seri,yang merupakan paling tinggi dikalangan Top 10 EPL.

Can Arsenal Get Back Into Europe? | The Kevin Campbell Show ft Lee Judges

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment