Pasukan Brazil yakin Martinelli pilih negara itu.

“Tiada keraguan” – Penyelaras pasukan kebangsaan mengatakan bintang Arsenal telah memilih negara mana untuk bermain.

Pengurus Brazil, Tite telah memanggil skuad yang akan mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia lewat bulan ini.

Terdapat sedikit jangkaan mengenai Gabriel Martinelli, kerana dia boleh menjadi salah seorang penyerang yang akan dipanggil dan dipilih oleh pengurus itu.

Pihak Brazil dilihat begitu terdesak dan terburu-buru untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu adalah kerana Martinelli masih boleh memilih sama ada untuk bermain mewakili Brazil ataupun Itali.

Martinelli masih belum membuat sebarang penampilan rasmi untuk pasukan senior mana-mana negara dan itu membolehkan beliau untuk memilih sama ada Itali ataupun Brazil.

Walaupun belum dinamakan lagi oleh Tite, tetapi Martinelli telah dipanggil baru-baru ini untuk pasukan Andre Jardine, dimana dia telah disenaraikan skuad U23 Brazil untuk persahabatan yang akan datang (bulan ini).

Senari pemain yang dipanggil Jardine untuk skuad B23 Brazil, baru-baru ini.

Pun begitu, Martinelli mengatakan Arsenal telah ‘menghalangnya’ daripada menyertai pasukan B23 Brazil kerana tugasan yang lebih berat bersama The Gunners yang perlu diutamakannya sebagaimana dilaporkan Mirror bulan lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, koordinator skuad remaja Brazil, Branco telah bercakap dengan akhbar tempatan mengenai penyerang muda Arsenal itu dan mendakwa bahawa Martinelli sudah membuat keputusan dan akan mewakili Brazil pada masa akan datang.

“Tidak ada keraguan.

“Brazil adalah pasukan nasionalnya, hatinya. Saya bercakap secara peribadi bersamanya melalui telefon, “kata Branco (dipetik dari sumber Gazeta Esportiva).

“Juninho secara peribadi, Rogerio bercakap dengannya. Besar kemungkinan dia akan dipanggil semula.

“Kami mempercayainya sejak bersama skuad B20 tahun, ketika dia dipanggil buat pertama kalinya.

“Tite juga. Martinelli ada dalam radar kami.

“Mentaliti beliau adalah dalam pasukan kebangsaan. Itu fokusnya. “

Pemain Arsenal itu sendiri tidak pernah mengesahkan dia akan memilih Brazil ataupun Itali, pun begitu Martinelli pada suatu hari pasti akan membuat keputusannya berhubung pasukan kebangsaan yang akan diwakilinya.

I said that if it was up to me I would play. But we knew it would be difficult. It was a time when I was a starter at Arsenal and people preferred not to let me go.” – Gabriel Martinelli on playing for the Brazil u23 side.

Selamat maju jaya Martinelli! #COYG

About MyGooners 867 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment