Connect with us

Arsenal

“Pasukan saya adalah Arsenal” – Josh Maja.

Published

on

Pemain Ligue 1 dedahkan impian beliau untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dengan harapan dapat menyertai The Gunners.

Salah seorang daripada bintang yang menyinar di Sunderland walaupun pasukan dengan prestasi buruk dan tersingkir ke Liga Satu (tier ketiga liga Inggeris), Josh Maja memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru pada Januari lalu dan berpindah ke Bordeaux.

Pada 26 Januari 2019, Maja menandatangani kontrak bersama kelab Perancis, Bordeaux yang beraksi dalam Ligue 1 dengan kontrak 4 1/2 tahun untuk bayaran perpindahan sebanyak £3.5 juta dari Sunderland.

Penyerang muda itu berpindah dari utara England ke selatan Perancis, yang mana ia telah berjalan dengan baik, walaupun dia mungkin tidak bermain sebanyak yang diinginkan.

Salah satu tujuannya adalah untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris satu hari nanti, dengan keinginannya adalah menyertai Arsenal, pasukannya, sebagaimana dijelaskan beliau kepada beIN Sports.

Pemain itu mungkin membuat 20 penampilan di bawah Paulo Sousa tahun ini, tetapi kebanyakannya adalah datang dari bangku simpanan kerana dia bermain hanya 26% dari nilai keseluruhan yang berpotensi.

Advertisement
Statistik permainan Josh Maya bersama Bordeaux musim ini (setakat ini).

Dalam masa yang singkat, dia telah menjaringkan lima gol dan menghasilkan dua bantuan gol, membuktikan bahawa dia dimanfaatkan sepenuhnya.

Dan pada usia 21 tahun, masih terdapat banyak masa untuk dia memenuhi impiannya menjadi kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada profilnya di beIN Sports, beliau berkata: “Jelas sekali membesar di London, menjadi salah satu impian saya adalah bermain di Liga Perdana Inggeris.

Karier bolasepak Josh Maja bermula di akademi Crystal Palace sebelum menyertai Sunderland pada 2016 sehingga 2019.

“Semoga di masa depan, peluang itu datang.

“Pasukan saya adalah Arsenal, jadi semoga suatu hari saya akan mendapat peluang bermain untuk mereka.

“Jika tidak, maka saya akan terus menyokong [Arsenal] “.

Advertisement

Banyak yang boleh berlaku pada masa akan datang, dan tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi, jadi masih terdapat peluang dan harapan untuk impian Maja beraksi di Emirates dengan menyarung jersi Arsenal menjadi kenyataan.

Dia mungkin perlu bermain lebih banyak dan mencetak gol dengan lebih kerap, tetapi, seperti yang kita katakan di atas, masa masih panjang dan tidak usah terburu-buru.

Advertisement