Patrick Cutrone juga POSITIF virus Corona

Patrick Cutrone

Pemain Wolverhampton Wanderers, yang dipinjamkan ke Fiorentina, sah positif virus Corona.

Pemain warganegara Itali ini menyertai Fiorentina dari Wolves pada Januari lepas dengan kontrak pinjaman selama 18 bulan, dan boleh bertukar menjadi perpindahan tetap pada 2021.

Pihak kelab juga mengesahkan rakan sepasukannya, German Pezzella dan Dusan Vlahoic serta fisio pasukan Stefano Dainelli juga positif virus tersebut.

Kenyataan rasmi kelab bertulis: “AFC Fiorentina mengumumkan Patrick Cutrone dan German Pezella serta ahli fisio Stefano Dainelli juga sudah menjalani beberapa ujian setelah menunjukkan beberapa simptom. Kesemua keputusan ujian adalah positif, dan kini dalam keadaan kesihatan yang baik di kediaman mereka di Florence.”

Semalam, Fiorentina juga mengesahkan penyerang Serbia Dusan Vlahovic juga positif virus itu.

Itali merupakan negara Eropah paling teruk diancam pandemik virus Corona ini dengan lebih 17,000 kes telah dicatatkan sehingga ke hari ini.

Kesemua aktiviti sukan di negara itu telah ditunda sekurangnya sehingga 3 April, dan terdapat beberapa langkah kuarantin yang ketat dijalankan, termasuk larangan perhimpunan awam.

Be the first to comment