
Topik perbincangan mengenai pemain berpotensi di untuk dibawa masuk musim depan ke Emirates.
The Daily Mail melaporkan bahawa The Gunners sedang mencari pemain sayap baharu pada jendela perpindahan musim panas ini dan mereka mengenal pasti bintang Wolves, Diogo Jota sebagai sasaran berpotensi.

Statistik Jota musim ini agak mengagumkan dengan 15 gol dan 6 bantuan dihasilkan, tetapi adakah dia cukup baik untuk The Gunners?
Pemain sayap Wolves, Diogo Jota dilaporkan berjaya menarik perhatian Arsenal.
Bintang Wolverhampton itu telah ‘dikenal pasti sebagai sasaran musim panas’ oleh The Gunners, The Daily Mail melaporkan.
Menurut sumber mereka, Arsenal merancang kempen perpindahan untuk musim depan mencari penyerang sayap dan Portugal itu ‘telah menarik minat dan perhatian’ pihak The Gunners.
Pemain berusia 23 tahun itu membuat 37 penampilan untuk Wolves musim ini, menjaringkan 15 gol dan menghasilkan 6 bantuan gol setakat ini.
Statistik Jota bersama Wolves musim ini (2019/20)
Saingan 2019/20 | Penampilan | Jaringan | Bantuan | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Premier League | 25 | 6 | 1 | 1,773′ |
Europa League | 6 | 6 | – | 329′ |
Europa League Qualifying | 6 | 3 | 5 | 389′ |
JUMLAH | 37 | 15 | 6 | 2,491′ |
Dia kebanyakannya digunakan di sebelah kiri sebagai sayap dan juga sebagai penyerang kedua dibelakang Raul Jimenez.

Mikel Arteta baru-baru ini mengatakan bahawa dia mempunyai ‘idea yang sangat jelas’ tentang bagaimana dia mahu membawa kelab ke hadapan semasa pasaran perpindahan musim panas.
Kontrak Jota bersama Wolves bakal berakhir pada Jun 2022 dan nilai pasaran semasa beliau dianggarkan sekitar €35 juta (31.8 juta pounds).
Beliau sebelum ini bermain untuk Atletico Madrid dan kemudian dipinjamkan ke Wolves yang beraksi dalam saingan Championship pada 25 Julai 2017.
Beliau telah membuat 140 penampilan dan menjaringkan 43 gol serta 19 bantuan gol semenjak bersama Wolves.
Jota menyertai mereka (Wolves) secara tetap pada Januari 2018.
