
Lima lagi pemain Serie A positif COVID-19
Empat pemain Sampdoria dan seorang pemain Fiorentina didapati positif COVID-19, kata kedua-dua kelab dari Itali itu awal pagi tadi.
Sebelum ini, pemain Juventus, Daniele Rugani menjadi pemain pertama disahkan postif COVID-19 dan beliau dalam status terkini di laman sosial – twitternya telah memaklumkan dirinya semakin pulih.
Di selatan Turin, di Genoa, penyerang Sampdoria, Manolo Gabbiadini pula menjadi pemain kedua di Serie A yang disahkan positif Covid-19.
Kes membabitkan bekas penyerang Southampton, Gabbiadani disahkan kelab itu pada hari Khamis.

Sampdoria kemudian mengesahkan bahawa rakan sepasukan Gabbiadini, Omar Colley, Albin Ekdal, Antonino La Gumina dan Morten Thorsby juga diuji positif, termasuklah doktor kelab, Amedeo Baldari.



“Tahap kesihatan mereka dalam keadaan baik dan mereka kini berada di rumah di Genoa,” kata kenyataan yang dikeluarkan.
Doktor pasukan perubatan kelab itu, Amedeo Baldari turut disahkan positif wabak berkenaan.

Penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic turut diuji positif untuk coronavirus, menjadikan lima pemain terkini yang disahkan terkena jangkitan coronavirus.
Bagaimanapun, Fiorentina menyatakan bahawa Vlahovic kini berada di rumah dan tidak memaparkan simton tersebut.
Saingan Serie A termasuk semua acara sukan di Itali digantung sehingga 3 April selepas menjadi negara paling tinggi merekodkan kes COVID-19 di Eropah.
