Penamat riwayat Maitland-Niles bersama Arsenal?

Ainsley Maitland Niles
Punca Arteta telah mengetepikan Ainsley Maitland-Niles (AMN) untuk empat perlawanan liga terakhir.

Mikel Arteta dilaporkan ‘menghukum’ Ainsley Maitland-Niles dari rancangannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana sikap pemain itu yang sambil lewa.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 24 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini musim ini, menjaring satu gol dan dua bantuan gol.

Dengan fleksibiliti beliau menjadi kelebihan yang berguna untuk The Gunners dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AMN sering bermain di bahagian sayap (flank) ataupun pertahanan (full back).

Bagaimanapun, AMN tidak termasuk dalam skuad Arsenal untuk empat perlawanan Liga Perdana yang terakhir walaupun skuad Arteta mengalami kekurangan ekoran masalah kecederaan pemain seperti Hector Bellerin, Kieran Tierney dan Sead Kolasinac.

Arteta pasti dapat menggunakan kelebihan AMN, namun sebaliknya terjadi dengan pengendali Arsenal itu memilih untuk menggunakan Sokratis pada pertahanan kanan dan Bukayo Saka disebelah kiri bagi mengisi kekosongan itu.

Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, melalui Athletic, AMN dikatakan telah ‘dipecat’ oleh bos The Gunners kerana ia mendakwa dia telah terlambat untuk berlatih beberapa kali musim ini dan itu jelas sesuatu yang tidak boleh diterima Arteta.

Tidak ada pengesahan dari Arteta atau sebaliknya dan itu berdasarkan laporan di atas, tetapi jika tepat, maka ia akan menyarankan bahawa Maitland-Niles hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri kerana tingkah lakunya yang gagal menepati masa dan ‘culas’ mengenai latihan.

Ini juga menjelaskan bahawa Arteta tidak memerlukan pemain dengan perangai tersebut dan mungkin membawa kepada penamat karier AMN bersama Arsenal.

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment