Pengakuan bekas pemain bagaimana Tony Adams telah memaksanya bersara lebih awal.

Pemain tengah berpengalaman mendedahkan bagaimana ‘serangan’ dari legenda Arsenal telah membawa kepada persaraannya beberapa tahun kemudian.

Pasti ramai peminat dan penyokong Arsenal tidak mengingati ataupun mengenali siapakah Sandro Cois.

Kecuali jika anda mempunyai memori yang kuat mengenai kedua-dua perlawanan menentang Fiorentina pada tahun 1999.

Pun begitu, pasti sukar buat kita semua mengingati kembali siapakah gerangan Sandro Cois ini.

Namun bagi pemain itu sendiri, perlawanan kedua yang dimainkan di Highbury, agak penting dan sentiasa berada dalam ingatannya.

Sandro Cois

Bagi bekas pemain tengah itu, perlawanan ditempat lawan (Highbury) adalah permulaan penghujung kariernya, semuanya disebabkan oleh perlanggaran dengan bekas pemain pertahanan Arsenal, Tony Adams.

Perlawanan yang dimaksudkan adalah pertemuan Arsenal menentang Fiorentina pada musim 1999/2000 dalam saingan Liga Juara-Juara, peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan itu, Cois telah dikeluarkan pada separuh masa pertama untuk digantikan dengan Daniele Adani, dengan skor akhir menjadi milik mereka dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan hebat dari Gabriel Batistuta.

Bercakap kepada TuttoMercatoWeb, pemain berusia 47 tahun itu mengingati kembali dimana dia bersara selaku pemain bolasepak pada usia agak muda (berusia 31 tahun).

Dan dia menjelaskan punca kenapa dan mengapa terpaksa bersara lebih awal.

“Saya mula memahami di tahun terakhir bersama Fiorentina.

“Saya cuba meneruskan dua musim lagi di Sampdoria dan Piacenza, tetapi saya tidak boleh meneruskannya lagi.

“Saya tidak dapat berlatih lagi dan bermain dalam peranan fizikal, saya berputus asa, menamatkan kontrak di tahun terakhir saya.

“Semuanya bermula pada perlawanan Arsenal-Fiorentina yang hebat pada tahun 1999 di mana saya mengalami kecederaan di kepala akibat perlanggaran dengan Tony Adams.

“Saya pergi ke hospital di London dan mereka tidak melihat apa-apa kecuali kecederaan kepala.

“Walau bagaimanapun, saya selalu demam, alergi terhadap anti-radang, dan selepas beberapa lawatan ke hospital, saya mendapati diri saya mempunyai dua hernias serviks, salah satunya adalah serius. ”

Pemain tengah bertahan itu telah membuat tiga kali penampilan bersama skuad kebangsaan Itali antara 1998-99, menghabiskan lapan tahun di Fiorentina dari 1994–2002, di mana Cois membuat 218 penampilan dalam semua pertandingan, menjaringkan 10 gol sepanjang tempoh itu.

TahunPasukanPenampilanJaringan
1988–1994 Torino 44 2
1988–1989 → Saviglianese (dipinjamkan) 180
1994–2002 Fiorentina 175 7
2002–2003 Sampdoria 4 0
2003 → Piacenza (dipinjamkan) 50
Jumlah 2469

Rujukan dan sumber: UEFA dan TuttoMercatoWeb

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment