Connect with us

Arsenal

Pengambilan Ryan Fraser oleh Arsenal akan melihat Reiss Nelson berada ditempat lain.

Published

on

Pemain sayap muda The Gunners akan tergelincir lebih jauh dikalangan pemain Arsenal jika pemain Bournemouth itu dibawa masuk.

Arsenal sedang mempertimbangkan untuk menandatangani pemain sayap Bournemouth, Ryan Fraser, pada musim panas ini menurut laporan 90min.

Tottenham dan Everton juga memberi tumpuan kepada pemain yang akan menamatkan kontrak pada musim panas ini dengan bergelar ejen bebas.

Pemain antarabangsa Scotland itu tidak berada pada tahap terbaiknya musim ini, menjaringkan hanya sekali dan merekodkan empat bantuan dalam 31 penampilan.

Advertisement

Jika Arsenal berhasrat mendapatkan dia, mereka sepatutnya mengejar beliau pada kempen musim lalu, 2018/19 dimana dia telah menjaringkan lapan gol dan mendaftarkan 15 bantuan gol ketika Cherries menamatkan saingan di tempat ke-13 dalam Liga Perdana.

Jika melihat pada perpindahan percuma, dia boleh memberikan sedikit ‘kelegaan’ untuk The Gunners dan ia adil untuk mengatakan bahawa pihak Arteta memerlukan pemain sayap, lebih-lebih lagi sebagai ‘backup’ kepada pemain sedia ada.

Pun begitu, sekiranya Fraser tiba di Emirates, ia boleh memaksa Reiss Nelson mencari peluang (berpindah) di tempat lain.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan dua gol dan mendaftarkan tiga bantuan gol dalam 17 penampilan musim ini.

Advertisement

Prestasi

Nelson telah memulakan hanya 10 perlawanan di bawah Mikel Arteta dan jika Fraser menyertai Arsenal, ia pasti menambah kesukaran dan peluangnya juga semakin terhad.

Pada usia 20 tahun, Nelson masih mempunyai banyak ruang untuk pembangunan dan mengembangkan keperluan bolasepaknya, yang perlu dilakukan beliau.

Tetapi untuk memenuhi potensi dan mengembangkan lagi bakatnya itu, dia perlu bermain bolasepak secara kerap dan bersaing dalam saingan yang kompetitif.

Tempoh pinjaman Nelson di Hoffenheim musim lalu menyaksikan dia menjaringkan tujuh gol dan dijangkakan ia mungkin akan lebih menyinar pada musim 2019/20.

Advertisement

Dan Arteta telah menyaksikan banyak kemajuan yang dipamerkan Nelson semenjak beliau masih lagi bersama Arsenal sebelum ini dan percaya pemain itu bersedia mengambil peranan yang lebih penting untuk masa hadapan.

Aksi terkini Nelson menyaksikan beliau menerima pujian bukan sahaja dari peminat dan penyokong, malah daripada Arteta sendiri.

Manakala Fraser, 26 mungkin pilihan yang sudah matang dan hanya perlu digilap sedikit sahaja berbanding Nelson.

Dan jika beliau bermain bersama pemain yang lebih baik (pemain Arsenal ketika ini) yang mana ia lebih baik dari dirinya sekarang, pasti akan menyaksikan dia boleh ‘meletop’.

Pemain sayap serba boleh itu memperolehi £ 27,000 seminggu di Vitality dan dia akan menjadi pilihan yang sangat berpatutan untuk The Gunners.

Pun begitu, ia tidak akan menjadi sesuatu yang baik dari perspektif Nelson, bagaimanapun, pemain muda The Gunners ini mungkin boleh mencari langkah di tempat lain, yang mungkin terbaik untuk kariernya, mengembangkan bakat dan potensi dirinya.

Advertisement