Penjelasan Arteta mengenai pemilihan Leno.

Dua alasan Arteta mengapa beliau memilih Leno berbanding Martinez untuk saingan Liga Europa.
  • Arteta mengejutkan para peminat dengan memilih Leno, bukannya Martinez untuk kesebelasan permulaan ketika berdepan Olympiacos.
  • Beliau mengatakan bahawa dia sangat gembira dengan Leno sebagai penjaga gol dan sebagai individu.
  • Walau bagaimanapun, Emi akan mendapat peluangnya.

Bercakap kepada media sebelum pertembungan menetang Olympiacos, Mikel Arteta mendedahkan keputusannya untuk menggunakan Bernd Leno berbanding Emi Martinez ketika perlawanan pertama menentang kelab Greece itu.

“Saya sangat gembira dengan persembahannya dan saya sangat gembira dengan individu yang semakin saya kenali, juga betapa profesionalnya dia.”

“Kelab ini bermain empat pertandingan, salah seorang penjaga gol bermain tiga [kejohanan] dan Bernd bermain satu [Liga Perdana], saya mahu sedikit keseimbangan pada masa ini dan itu sahaja.

“Bernd pada masa ini adalah nombor satu, jika Emi mengatasinya maka dia akan menjadi nombor satu.

“Siapa yang saya fikir mampu bermain dengan lebih baik, dia akan bermain.

“Saya fikir kedudukan itu akan berkembang dengan permainan yang lain juga berkembang dan kedudukan juga berubah.

“Sebelum itu hanya satu dan dia bermain 50 perlawanan dan setiap pemain lain tidak pernah bermain.

“Pada masa ini pengurus lebih fleksibel, persaingan lebih baik, tidak ada perbezaan besar antara No1 dan No2, yang mana ia bagus untuk persaingan dan untuk mereka memperbaiki dan mencabar diri sendiri.

” Itulah sebabnya saya berfikir demikian.”

Kata-kata Arteta itu sedikit sebanyak menjelaskan masa depan Martinez yang tidak ‘berapa’ baik di Emirates ketika ini, yang mana beliau merupakan penjaga gol kita di Liga Europa musim ini, sebelum Leno mengambil alih untuk dua perlawanan terakhir.

Dasar bermain penjaga gol pilihan kedua dalam pertandingan itu (selain liga) telah berlaku semasa masa Wenger di kelab dan kita sememangnya sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

Matchday Date Venue Opponent Result Pos. Min.
Group F 9/19/19 A E. Frankfurt 0:3 GK 90′
Group F 10/3/2019 H Standard Liège 4:0 GK 90′
Group F 10/24/19 H Vit. Guimarães 3:2 GK 90′
Group F 11/6/2019 A Vit. Guimarães 1:1 GK 90′
Group F 11/28/19 H E. Frankfurt 1:2 GK 90′
Group F 12/12/2019 A Standard Liège 2:2 GK 90′
Rd.32 : 1st leg 2/20/20 A Olympiacos 0:1 on the bench
Rd.32 : 2nd leg 2/27/20 H Olympiacos 1:2 aet on the bench

Dan Martinez pula perlu membuktikan kehebatan dirinya ketika latihan dan mungkin, pada perlawanan Piala FA akan datang apabila bertemu Portsmouth pada 2 Mac.

Perlawanan Piala FA Pusingan Ke-5 menemukan Arsenal dan Portmouth
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment