Penjelasan Arteta mengenai situasi kontrak Aubameyang dan Arsenal.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta telah menjelaskan pendirian beliau berhubung masa depan Pierre-Emerick Aubameyang dan keadaan kontraknya.

Penyerang sensasi The Gunners akan menamatkan kontraknya pada Jun 2021 dan Arsenal telah mempelajari dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dimana mereka tidak mahu melihat pemain ternama mereka beraksi dengan keadaan 12 bulan terakhir kontrak mereka.

Dengan musim panas semakin menghampiri, mampukah Arsenal mengelakkan daripada terjadi perkara tersebut (membiarkan pemain ternama bermain di tahun terakhir kontrak bersama mereka).

Satu perkara yang pasti, Arteta sangat jelas mengenai masa depan Aubameyang bersama Arsenal, dimana beliau tidak mahu penyerangnya yang produktif itu meninggalkan Emirates pada musim panas ini atau musim depan.

Arteta tidak mahu kehilangan Aubameyang

Seperti yang dilihat dalam video di bawah, Arteta telah menjawab soalan dari media mengenai situasi tersebut dan menegaskan bahawa perbincangan perlu dilakukan sebelum akhir musim antara kedua-dua pihak untuk mendapatkan kepastian dan kata putus mengenai masa depan pemain tersebut.

Tambahan pula, Arteta berkata tanpa mengira sama ada mereka beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara atau tidak tahun depan, beliau tetap mahukan Aubameyang kekal di Arsenal musim depan dan seterusnya.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment