Penjelasan Kelayakan Liga Inggeris untuk pertandingan UEFA – UCL & Europa

Pecahan bagaimana kelab Liga Perdana Inggeris boleh melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Berikut adalah pecahan bagaimana kelab Liga Perdana boleh melayakkan diri dalam pertandingan UEFA.

Jumlah maksimum pasukan Inggeris dalam pertandingan UEFA adalah sebanyak tujuh.

(Nota: UEFA mempunyai hak untuk menukar syarat-syarat kelayakkan dan ianya boleh berubah mengikut kriteria yang akan ditetapkan kemudian)

Kelayakan UEFA Champions League (UCL) : Liga Juara-Juara

Dalam keadaan biasa, empat tempat UCL diberikan kepada kelab Inggeris yang memenuhi kriteria berikut:

  • Empat pasukan teratas dalam Liga Perdana layak untuk peringkat kumpulan.
Kelayakan UEFA Europa League (UEL) : Liga Europa

Dalam keadaan biasa, tiga tempat UEL diberikan kepada kelab Inggeris yang memenuhi kriteria berikut:

  • Pasukan kelima di Liga Perdana layak ke peringkat kumpulan.
  • Pemenang Piala FA layak untuk peringkat kumpulan.
  • Pemenang Piala EFL layak untuk pusingan kelayakan kedua.
Kelayakan ini boleh berubah sekiranya:

a) Jika pemenang Piala FA menamatkan saingan dalam kedudukan lima teratas Liga Perdana, slot UEL mereka akan jatuh ke pasukan yang menamatkan saingan liga di kedudukan tertinggi yang tidak layak untuk pertandingan UEFA.

b) Jika pemenang Piala EFL menamatkan saingan dalam kedudukan lima teratas Liga Perdana (atau enam teratas jika (a) berlaku), pusingan kedua kelayakan UEL mereka akan jatuh ke pasukan ranking tertinggi seterusnya yang tidak layak untuk pertandingan UEFA di Liga Perdana.

Bagaimanakah pasukan juara UCL / UEL mengubah kelayakan?

Sekiranya kelab Liga Perdana memenangi Liga Juara-Juara, mereka secara automatik layak untuk peringkat kumpulan musim depan tanpa mengira kedudukan akhir liga mereka.

Sekiranya kelab Liga Perdana memenangi Liga Europa mereka akan secara automatik layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan tanpa mengira kedudukan akhir liga mereka.

Maksimum lima pasukan Liga Perdana layak mendapat kelayakan Liga Juara-Juara.

Sekiranya kelab Liga Perdana memenangi Liga Juara-Juara dan juga memenangi Liga Europa, dan kelab-kelab ini tidak menamatkan saingan dalam empat teratas Liga Perdana, maka kelab yang menduduki tempat keempat dalam jadual liga akan jatuh ke dalam peringkat kumpulan Liga Europa.

Skuad Arsenal UEFA Cup Final 2000 vs Galatasaray (Galatasaray menang melalui penentuan penalti 4-1)
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment