Penjelasan kenapa tiada ‘L’

Ketika saingan bola sepak England ditangguhkan hingga paling awal penghujung April, Arsenal membuat keputusan menghabiskan malam semalam dengan meraikan kehebatan ‘Invincibles’ mereka pada 2003/04.

Skuad Gunners menjadi satu-satunya pasukan melalui keseluruhan kempen Liga Perdana tanpa kalah satu pun perlawanan yang gagal diulangi Liverpool musim ini selepas tewas 3-0 kepada Watford di Vicarage Road.

Skuad ikonik bimbangan Arsene Wenger yang diperkuatkan dengan kehadiran Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira diingati sebagai satu daripada skuad terhebat di liga utama England dengan peminat Arsenal diingatkan kembali detik-detik berkenaan dari mula hingga penamat.

Lagi pun tiada sebarang perlawanan akan berlangsung selepas ini.

https://twitter.com/Arsenal/status/1243633892944269312

Ketika dokumentari panjang dipaparkan kepada penyokong di laman sesawang Arsenal, penyokong mereka mula menyedari bahawa akaun rasmi Twitter kelab itu sudah diubah.

Ramai bertanya kenapa ‘Arsena’? Kenapa buang ‘L’?.

Jawapannya sebenarnya mudah.

Melihat The Gunners melalui musim tanpa kalah, huruf ‘L’ (loss atau kalah) dibuang untuk semalaman dengan pengendali media sosial kelab itu mengesahkan bahawa ia sengaja dibuat dan memberi balasan kepada komen penyokong secara secara berjenaka.

Jawapan salah seorang pengguna Twitter.
Jawapan Arsenal
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Comment