Perlawanan Manchester City vs Arsenal ditunda

Arsenal V Manchester City

Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris ditangguhkan ekoran coronavirus.

Perlawanan Arsenal menentang Manchester City yang dijadual esok, ditunda selepas beberapa pemain dari kelab London itu dikuarantin.

Ia menjadikannya perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditangguhkan susulan Covid-19.

Arsenal berkata, pemain yang terbabit akan dikuarantin selama 14 hari selepas mereka disyaki dijangkiti daripada pemilik kelab Greece, Olympiakos, Evangelos Marinakis yang positif Covid-19.

“Aksi Manchester City di gelanggang sendiri menentang Arsenal ditangguhkan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan menangguhkan perlawanan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapat nasihat kesihatan.

Marinakis, yang juga memilik kelab Nottingham Forest, mengesahkan semalam beliau adalah positif Covic-19.

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment