Perlukah Arsenal menandatangani Jack Grealish pada musim panas?

Topik perbincangan menarik setelah lagenda Arsenal, Robert Pires menyebut Jack Grealish sebagai pemain untuk kelab besar, termasuk Arsenal.

Perlukah kita (Arsenal) menandatangani pemain Aston Villa, Jack Grealish setelah Pires memuji pemain tersebut selain mengatakan ianya layak beraksi untuk The Gunners.

Terdahulu, lagenda Arsenal, Robert Pires telah mengatakan bahawa Jack Grealish sebagai pemain yang layak beraksi untuk kelab besar, termasuk Arsenal.

Malah beliau turut mengatakan bahawa The Gunners patut mempertimbangkan untuk menandatangani pemain itu pada musim panas nanti.

Jack Grealish, berusia 24 tahun bernilai kira-kira £50-70 juta dan dianggap antara pemain paling berbakat di England.

Beliau merupakan kapten pasukan Aston Villa dan beraksi sebagai pemain attacking Midfield namun juga mampu beraksi pada posisi left winger dan right winger.

Setakat ini beliau telah menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan lapan bantuan gol dalam 29 penampilan untuk Astn Villa bagi saingan musim 2019/20.

Rekod penampilan Jack Grealish musim 2019/20.

Saingan
Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
Liga Perdana Inggeris 25 7 6 2,244
Piala Liga (Carabao Cup) 4 2 2 226
JUMLAH:
29 9 8 2,470

“City perlu mencari pengganti untuk Silva musim depan dan saya fikir Grealish adalah seseorang yang Pep akan melihat,” kata Robert Pires kepada Mirror.

“Dia adalah pemain Inggeris, dia mempunyai pengalaman yang bagus dalam Liga Perdana Inggeris, dan dia mempunyai teknik yang hebat.

“Tetapi saya fikir Grealish adalah pemain yang akan menarik banyak kelab utama, seperti United, Chelsea dan Arsenal.

“Ini adalah musim yang sukar untuk Villa, tetapi saya fikir Grealish mampu menyinar walaupun kedudukan pasukan agak teruk.

“Dia telah belajar bagaimana untuk bertarung setiap hujung minggu dan kita semua melihat betapa pentingnya dia bermain untuk kelab.”

Grealish terikat dengan Villa sehingga 2023 dan kelab itu dijangka sedia melepaskannya sekiranya menerima harga yang tepat pada akhir musim ini.

Pemain tengah menyerang Aston Villa itu telah muncul sebagai sasaran musim panas untuk Manchester United, menurut pelbagai laporan.

Dan Grealish dikhabarkan mempunyai klausa pelepasan £ 45 juta bersama Villa Park tetapi kelab itu tidak pernah mengesahkannya secara terbuka.

Laporan lain menunjukkan bahawa Villa akan menuntut £70 juta sekiranya mana-mana pasukan berminat untuk mendapatkan Grealish.

Adakah anda fikir Arsenal perlu cuba mendapatkannya pada musim panas?

About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment