Connect with us

Borussia Dortmund

PSG 2-0 Borussia Dortmund (agg: 3-2)

Published

on

Highlights perlawanan

Buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, PSG layak ke suku akhir!

Paris Saint-Germain mengatasi defisit satu gol untuk meraih kemenangan yang membawa mereka ke peringkat suku akhir Liga Juara buat kali pertama sejak 2016 apabila mengalahkan Borussia Dortmund 2-0 untuk mara dengan aggregate 3-2.

Kerisauan mengenai Coronavirus yang semakin merebak membuatkan perlawanan tersebut terpaksa dimainkan secara tertutup, tanpa kehadiran penonton di stadiu,.

Advertisement

Neymar menanduk masuk gol pendahuluan perlawanan untuk meletakkan gergasi Perancis itu di depan pada minit ke-28, membatalkan defisit 2-1 yang dibuat pada perlawanan pertama di Dortmund tiga minggu lalu.

https://youtu.be/Clxxjbpfyr8

Tuan rumah, yang disokong dengan ribuan penyokong di luar Parc des Princes, menggandakan kelebihan mereka pada penghujung separuh masa apabila hantaran rendah Pablo Sarabia disempurnakan oleh Juan Bernat, untuk memastkan PSG mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara msuim ini.

PSG mara dengan kelebihan aggregate 3:2

Advertisement