Ramy Bensebaini jelaskan punca tawaran kontrak Arsenal gagal dimeterai.

Ramy Bensebaini
Pemain serba boleh jelaskan punca mengapa The Gunners dan dia gagal melengkapkan perpindahan.

“Arsenal bersedia untuk menawarkan saya kontrak”. Begitulah pengakuan yang dibuat bekas pemain Rennes yang kini bersama Borussia Monchengladbach, Ramy Bensebaini.

Pemain berusia 24 tahun itu hampir menyertai Arsenal sebelum berpindah ke Jerman pada musim panas lalu.

Pemain antarabangsa Algeria itu tiba di Eropah setelah kelab Belgium, Lierse meminjamnya dari Paradou AC (kelab Algeria) untuk musim 2014/15.

Musim berikutnya, Bensebaini dipinjamkan ke Montpellier dan kemudian berpindah ke Rennes dengan perpindahan tetap pada tahun 2016.

Sebelum itu, pemain itu menjalani percubaan bersama Arsenal pada tahun 2013 dan selepas menghabiskan sebulan di kelab Utara London, dia dikatakan telah berjaya meyakinkan The Gunners dengan kebolehannya.

Dan pihak Arsenal juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Bensebaini, tetapi perjanjian itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Bensebaini dalam satu temu bual bersama Sport Buzzer, beliau telah menerangkan alasan disebalik kegagalan langkah perpindahannya ke Emirates.

“Saya berlatih di sana dengan pasukan utama mereka selama sebulan dan mereka juga bersedia menawarkan kontrak kepada saya,” katanya.

“Pada masa itu, ia gagal kerana peraturan di England.

“Kelab-kelab hanya boleh membeli (membawa) pemain dari luar negara yang telah memainkan beberapa perlawanan antarabangsa.

“Saya tidak memilikinya [kriteria]. “

Bensebaini sebahagian besarnya digunakan sebagai bek kiri di Monchengladbach, tetapi dia juga boleh beroperasi sebagai pemain tengah bertahan dan pertahanan tengah.

Posisi yang dimainkan Bensebaini di Monchengladbach
Statistik Penampilan Di Bundesliga Musim Ini.
About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment