Connect with us

Arsenal

Real Madrid mahu £ 36 juta untuk Dani Ceballos.

Published

on

Permintaan harga didedahkan oleh majikan Ceballos, Real Madrid.
  • Pemain Sepanyol itu dipinjamkan untuk tempoh semusim dari Real Madrid.
  • Ceballos berjaya menarik perhatian Mikel Arteta semasa kem musim sejuk di Dubai.
  • Beliau telah memulakan 3 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, membantu pasukan memenangi kesemua perlawanan tersebut.

Real Madrid telah memaklumkan kepada The Gunners mengenai harga yang diminta mereka untuk melepaskan Dani Ceballos.

The Mirror melaporkan bahawa Los Blancos ‘difahamkan mahu £ 36 juta’ untuk pemain tengah itu.

Walaupun Ceballos bergelut untuk kembali ke tahap terbaik selepas mengalami kecederaan hamstring, namun pemain Sepanyol itu berjaya menarik perhatian Mikel Arteta semasa kem latihan musim sejuk di Dubai.

Beliau telah memulakan tiga perlawanan terakhir Liga Perdana, membantu pasukan mendapatkan tiga kemenangan berturut-turut.

Advertisement

Pemain berusia 23 tahun itu dipinjamkan untuk tempoh satu musim dari Real Madrid, telah membuat 24 penampilan untuk The Gunners dalam semua pertandingan, menjaringkan 1 gol dan menghasilkan 2 bantuan.

Berikut adalah sebab mengapa pemain ini mempunyai masa depan bersama Arsenal, lebih-lebih lagi dibawah kendalian Arteta.

3 statistik membuktikan Dani Ceballos mempunyai masa depan di Arsenal

James McNicholas dan Tom Worville dari The Athletic telah membuat perbandingan antara Ceballos dengan pemain Arsenal lain dan menegaskan bahawa pemain Sepanyol itu perlu kekal di Emirates.

Mereka berdua telah menggunakan statistik Ceballos untuk mengetahui sama ada dia akan membantu di Arsenal atau tidak.

Pertama sekali, Ceballos mampu memberikan lebih banyak bantuan dan sumbangan kepada barisan pertahanan kita.

Advertisement

Ceballos mampu menutupi barisan tengah dengan baik dan membuat lebih banyak tackle dan interceptions berbanding rakan sepasukannya.

Statistik tackle dan interceptions yang dikeluarkan The Athletic

Selain itu, ‘tidak ada pemain tengah Arsenal yang lain yang dapat menandingi hantaran yang melewati 15 meter atau lebih’.

Ini bermakna dia adalah pemain yang paling progresif pada masa ini.

Dan, akhir sekali, dia mungkin tidak menjaringkan gol tetapi dia membawa bola ke depan dan dia mencuba.

Masa depan Dani Ceballos di Arsenal boleh diputuskan pada akhir musim ini tetapi wabak koronavirus menjadikannya lebih sukar kerana keputusan itu juga dapat dibuat sekarang (sekiranya liga ditamatkan awal).

Pun begitu, adakah anda merasakan kita patut mendapatkan Ceballos secara tetap musim depan?

Nilai yang dipinta Real Madrid sebanyak £ 36 juta itu tidaklah terlau membebankan.

Advertisement
Nilai pasaran semasa Ceballos mengikut Transfermarkt.

Dan nilai itu sepadan apa yang diminta Real Madrid untuk melepaskan Ceballos kepada Arsenal.