Rustu Recber dalam “tempoh kritikal” di hospital

Turki; Fenerbahce; Besiktas; Fenerbahce
Rustu Recber

Bekas penjaga gol skuad kebangsaan Turki ini dikejarkan ke hospital pada hujung minggu lalu selepas disahkan positif virus corona.

Isterinya Isil Recber menulis di Instagram: “Kami sudah membawa Rustu ke hospital dengan diagnos COVID-19. Sedang semuanya seakan normal, kami masih terkejut keran secara binaan simptom secara mengejut dan pantas.

“Sekarang merupakan tempoh yang sukar dan kritikal. Hanya satu permintaan saya adalah anda semua bersifat nurani dan hormat.

“Keputusan ujian saya bersama anak lelaki dan perempuan saya adalah negatif. Dia berada di hospital dan kami tidak dibenarkan untuk melawatnya.

“Ini merupakan bahagian paling sukar, tidak dapat bersama dengannya. Allah Maha Besar dan doktor-doktor Turki diletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Hari-hari ini akan berlalu. Jangan tinggal solat dan berdoa.”

Rustu, pemain paling banyak membuat penampilan untuk skuad antarabangsa Turki, mendapat 120 cap antarabangsa dan telah membantu negaranya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Dia membuat 371 penampilan untuk Fenerbahce dalam dua tempoh yang berbeza (1993 – 2003 & 2004 – 2007), selain tempoh pendek di Barcelona sebelum bermain selama lima musim terakhirnya (2007 – 2012) bersama Besiktas.

Aksi Rustu Recber bersama Besiktas

Fenerbahce dan Barcelona mendoakan bekas penjaga gol mereka itu cepat sembuh dari virus berbahaya itu dalam akaun rasmi Twitter masing-masing.

“Kami menyampaikan hajat supaya cepat sembuh kepada bekas penjaga gol kebangsaan kami Rustu Recber yang telah menyarung jersi kami dalam tempoh yang lama; kami doakan dia dapat kembali kesihatannya secepat mungkin dan berharap dapat menerima berita baik daripadanya,” tulis Fenerbahce dalam Twitter.

“Semoga sembuh Rustu! Kami sayang anda dan kami Barcelona sentiasa bersama anda!” tulis Barcelona pula.

Be the first to comment