Sagna balas kenyataan Cesc Fabregas berhubung Robin van Persie dan Samir Nasri.

Bekas bintang Arsenal, Bacary Sagna membidas kenyataan Cesc Fabregas atas komennya mengenai Arsenal, Robin van Persie dan Samir Nasri, dengan mengatakan bahawa dia terkejut dengan tindakan bekas kaptennya itu.

Sagna telah menghentam Fabregas berikutan komen yang dibuat oleh bekas kapten Arsenal itu berkenaan Samir Nasri dan Robin van Persie ketika mereka masih bersama di Emirates.

Sebelum itu, Fabregas telah memberikan komen-komen dan luahan hatinya dalam satu temu bual podcast di Arsecast, dan menyatakan bahawa ketika dia meninggalkan Utara London untuk Barcelona pada 2011, hanya Nasri dan Van Persie sahaja berada di tahap yang sama dengannya dari segi teknik dan mentaliti.

“Saya adalah kapten, saya selalu merasakan tekanan terhadap diri saya sendiri,” kata Fabregas.

“Saya terpaksa memimpin pasukan ini untuk memenangi sesuatu, saya memberikan segala-galanya.

“Kadang-kadang saya pulang ke rumah selepas kekalahan dan saya sering menangis, saya pernah menderita, saya sering sukar untuk tidur dan begitu menderita.

“Dan kemudian anda kalah dalam perlawanan, anda berada di dalam bas seperti ini, dihancurkan, dan kemudian anda mendengar beberapa pemain ketawa, memikirkan di mana mereka akan keluar kemudian.

“Ini berlaku selama beberapa tahun, ya, kami bermain bolasepak yang cantik dan saya menikmati perkara itu.

“Tetapi saya meletakkan tekanan pada diri saya untuk memimpin, melakukan segala-galanya, dan pada satu ketika saya berasa agak kesepian.

“Terutama dalam tempoh dua atau tiga tahun yang lalu, saya merasakan hanya Robin dan Samir adalah sahaja pemain yang berada di tahap mental dan teknikal sama dengan saya.

“Ia bukan perkara yang sombong untuk dikatakan, ia adalah bagaimana saya merasakan pada masa itu.”

Susulan pendedahan dan luahan Fabregas itu, Sagna kemudian memberitahu Goal bahawa dia terkejut dengan kata-kata bekas kaptennya itu.

Sagna menyatakan bahawa kata-kata dan luah Fabregas itu sangat kasar dan menambah bahawa pemain tengah itu mungkin patut bekerja lebih keras lagi ketika waktunya di Stadium Emirates.

“Saya terkejut membaca pendedahan ini,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

“Dari dia, saya terkejut kerana dia sepatutnya menjadi salah seorang pemimpin pasukan, dia adalah salah satu prospek yang hebat dan sebagai pemimpin dan pemain sejati, anda tidak bercakap seperti itu mengenai kelab anda.

“Jadi saya terkejut kerana dia seorang yang baik, dia masih seorang yang baik, ini tidak mengubah apa-apa, tetapi saya terkejut.

“Arsenal menciptanya (membuatnya hebat), jadi dengan berkata bahawa sesetengah pemain tidak berada di peringkatnya agak teruk kerana saya tidak pasti dari semua musim dia bermain di kelab itu, dia selalu menjadi teladan (pemain contoh).

“Pada masa itu media bercakap tentang dia tidak cukup berlari atau menjejaki semula (tracking back).

“Jadi pemain lain boleh berkata ‘anda harus berlari lebih atau melakukan lebih banyak’.

“Sekiranya anda melihat Liverpool hari ini, semuanya berlari, ini adalah satu pasukan.

“Dan mungkin, kerana kami tidak mempunyai semangat yang betul pada masa itu, kami tidak membuat tekanan tambahan, atau tidak membuat larian tambahan untuk menjejaki pemain, mungkin sebab ini kami tidak menang.

“Sudah tentu dalam pasukan, kita semua mempunyai tahap yang berbeza.

“Sesetengah pemain bagus secara fizikal, yang lain akan hebat secara teknikal, tetapi ini bukan sebab untuk bercakap dengan cara itu mengenai pemain lain.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu, pendapatnya dan dia mempunyai pendapat, tetapi kita semua mempunyai detik-detik yang baik dan momen buruk dalam karier kita dan saya tidak pasti dia sentiasa mempunyai detik-detik hebat dengan Arsenal.

“Ya, dia seorang pemain yang hebat, dia mempunyai kualiti yang luar biasa, tetapi mungkin ada orang yang mengharapkan lebih banyak daripada dia.”

Penulis pernah terluka dengan tindakan bekas kapten Arsenal ini dan berkenaan isu ini, penulis sangat setuju dengan kenyataan balas Sagna mengenai Cesc Fabregas.

Dan bagaimana seperti kata-kata Sagna, masing-masing mempunyai pendapat dan tidak elok sekiranya menghentam rakan sepasukan dan kelab kerana kita semua pernah memiliki momen indah dan menyedihkan.

Anda bagaimana?

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment