Connect with us

Arsenal

Saka diibaratkan jelmaan tiga pemain lagenda, menurut van Persie.

Published

on

Van Persie menghembur pujian terhadap Saka, sifatkan pemain muda itu ‘berkelas dunia’, menyamakan dengan tiga pemain legenda.
  • Saka menghasilkan bantuan gol untuk Alexandre Lacazette ketika menewaskan Olympiacos.
  • Robin van Persie menyifatkan bantuan gol yang dihasilkan Saka itu bukanlah kaleng-kaleng.
  • Pemain Belanda itu percaya hanya pemain bertaraf dunia seperti Ryan Giggs, Paul Scholes dan Dennis Bergkamp sahaja yang mampu melakukan sesuatu seperti itu.

Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka terus mendapat perhatian ekoran prestasi yang sangat menakjubkan kebelakangan ini.

Peningkatan mendadak pemain berusia 18 tahun ini benar-benar mencuri perhatian, lebih-lebih lagi beliau beraksi bukan pada posisi kegemarannya.

Saka merupakan pemain sayap kiri (left winger), namun ketika ini beraksi pada posisi pertahanan kiri (left back ataupun wing back).

Namun itu tidak menghalangnya daripada terus memberikan persembahan yang sangat menakjubkan.

Advertisement

Ketika menentang Olympiacos pada perlawanan pertama, beliau telah menghasilkan bantuan gol kepada Lacazette untuk jaringan kemenangan Arsenal.

Prestasi cemerlang beliau itu juga mendapat perhatian bekas pemain Arsenal dan Manchester United, Robin van Persie.

van Persie menghembur pujian melangit kepada Saka selepas memenangi perlawanan menentang Olympiacos.

“Ryan Giggs selalu memberi hantaran sedemikan, Dennis Bergkamp, ​​Paul Scholes,” kata Robie van Persie kepada BT Sport.

Advertisement

“Ini seperti mengarahkan penyerang anda untuk bergerak ke zon bahaya, sebenarnya ia bertaraf dunia. Sangat, sangat hebat.

“Ini tidak mudah, ini sangat hebat, bertaraf dunia.

“Dia menjadikannya kelihatan mudah tetapi hantaran ini, seperti yang saya katakan, hanya pemain yang hebat yang boleh melakukan hantara begitu.

“Kebanyakan hantran lintang kebiasaannya akan ditendang keluar oleh pemain pertahanan dan akan dirembat terlalu tinggi atau terlalu rendah tanpa hala tuju.

Advertisement

“Tetapi hantaran ini hadir dengan idea. Hantaran disertai dengan mesej, dan itulah yang anda mahu dari pemain anda.”