Satu pasukan yang mampu mengalahkan ‘Invincibles’.

Lee Dixon menamakan satu pasukan yang lebih baik daripada Arsenal Invincibles

Bekas pemain pertahanan kanan Arsenal, Lee Dixon memberikan pendapatnya mengenai Invincibles, mengatakan bahawa mereka sangat mengagumkan tetapi pasukannya 1997/98 lebih baik.

Lee Dixon

“Lihat, saya tidak bermain dalam pasukan itu – Ia adalah pasukan cemerlang,” katanya, seperti yang dipetik oleh Metro.

“Saya menyaksikan mereka sepanjang musim itu dan saya mahu mereka tidak terkalah kerana mereka berhak untuk itu tetapi saya benar-benar berfikir pasukan terbaik saya pernah bermain adalah pasukan 1998.

“Jika kami bermain sepuluh kali menentang pasukan ‘Invincibles’ dan tidak ada keputusan seri, kami akan menang 6-4.”

Pasukan 1997/98 memenangi dua kejuaraan domestik manakala Invincibles memenangi gelaran Liga Perdana tidak terkalah tetapi gagal menjulang Piala FA.

Lee Dixon bersara pada tahun 2002 selepas menghabiskan 14 tahun di Highbury.

Info Ringkas Arsenal 1997/98

Musim 1997/98 merupakan musim ke-100 bolasepak kompetitif yang dimainkan oleh Arsenal.

Diuruskan oleh Arsene Wenger dalam musim penuh pertamanya, kelab itu mengakhiri kempen memenangi kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Di Stadium Wembley, Arsenal mengalahkan Newcastle United 2-0 dalam saingan Piala FA 1998 untuk memenangi pertandingan itu dan melengkapkan dua kejuaraan domestik – yang kedua dalam sejarah kelab dan yang pertama sejak 1970/71.

Musim itu juga menyaksikan Arsenal terkeluar dari saingan Piala Liga pada peringkat separuh akhir ditangan Chelsea dan kalah secara agregat kepada PAOK dalam pusingan pertama Piala UEFA.

Di jendela perpindahan, Arsenal membeli beberapa pemain, termasuk pemain tengah Marc Overmars dan Emmanuel Petit dan penjaga gol, Alex Manninger.

Manakala pemain tengah England, Paul Merson meninggalkan Arsenal untuk menyertai Middlesbrough.

Arsenal memulakan musim tersebut dengan baik, tetapi tiga kekalahan dalam empat perlawanan antara November dan Disember 1997 meninggalkan pasukan dalam kedudukan keenam sebelum Krismas, dan seolah-olah sudah terkeluar dari perebutan untuk menjuarai liga.

Walaupun mereka berada 12 mata di belakang juara bertahan Manchester United pada akhir Februari, namun sepuluh kemenangan berturut-turut dalam saingan liga memastikan Arsenal memenangi kejuaraan dengan kemenangan 4-0 ke atas Everton pada 3 Mei 1998.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian pasukan itu, Wenger dianobatkan sebagai Carling Manager of the Year dan penyerang, Dennis Bergkamp diberi penghargaan Pemain Terbaik Tahunan PFA dan FWA Pemain Bolasepak Terbaik oleh penulis sukan bolasepak.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment