Semoga berjaya Monreal dalam perlawanan akhir,Copa del Rey.

Setelah meninggalkan Arsenal, Monreal setuju dengan pendapat memenangi trofi dengan kelab baru ‘lebih berharga’

Nacho Monreal menyertai Arsenal pada tahun 2013 dari Malaga dan sepanjang kariernya bersama The Gunners, beliau telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali serta menambah tiga piala Community Shields ke dalam kabinet trofinya.

Sepanjang tempoh beliau bersama kelab Utara London itu, Monreal sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Athletic Club Bilbao.

Dan beliau dikatakan menjadi salah seorang daripada pemain terhad bagi kelab Basque yang boleh ditandatangani berdasarkan kepada kepentingan dasar pengambilan mereka.

Akhirnya, Monreal kembali ke rantau Basque, namun menandatangani kontrak dengan pasukan rival Athletic Bilbo iaitu Real Sociedad, yang tidak mempunyai sekatan yang sama untuk pengambilan pemain baharu.

Sejak itu, beliau berulang kali bercakap tentang masanya bersama Arsenal dan kelab itu, dimana beliau muncul dalam kebanyakan wawancara pemain pertahanan.

Marca edisi Rabu, membawa temubual bersama Monreal dan sebahagian besarnya adalah berdasarkan peluang Real Sociedad untuk memenangi Copa del Rey, persaingan di mana mereka boleh berdepan Athletic Bilbao di final.

Ditanya adakah ia akan menjadi ‘lebih berharga’ untuk memenangi trofi dengan La Real berbanding The Gunners, Monreal bersetuju dengan soalan dan pendapat itu sambil berkata: “Ya, tentu saja.

“Kemenangan adalah kemenangan, tidak kira di mana anda berada, tetapi apabila anda berada di sebuah kelab seperti Arsenal, anda terpaksa bertarung untuk gelaran setiap musim.

“Ia diketahui bahawa ianya sangat sukar, tetapi pasukan itu direka untuk itu, sementara saya fikir Real mempunyai tujuan lain.

“Ia akan menjadi kejayaan penting untuk memenangi sesuatu di sini, sesuatu yang indah.

“Saya fikir saya akan menikmatinya seperti apa yang saya lakukan bersama Arsenal. ”

398Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply