Semua pemain Olympiacos diuji negatif coronavirus menjelang pertembungan Liga Europa dengan Wolves.

Semalam, pemilik Olympiacos, Evangelos Marinakis mengumumkan dirinya telah terkena dengan wabak coronavirus.

Olympiacos telah mengumumkan bahawa tiada pemain mereka yang telah diuji positif untuk coronavirus, walaupun pengumuman semalam mendedahkan bahawa pemiliknya, Evangelos Marinakis telah terkena penyakit itu.

Gergasi Greece itu akan bermain menentang Wolves dalam saingan Liga Europa malam Khamis ini dan terdapat kebimbangan mengenai perlawanan yang akan berlaku kerana situasi yang melanda pemilik kelab itu.

Walaupun pemilik Olympiacos telah membuat pengumum mengenai dirinya yang terkena coronovirus, namun pemain-pemain kelab itu tidak terjejas dan disahkan negatif dalam ujian kesihatan yang dijalankan, menurut kenyataan di laman rasmi kelab itu.

Mereka juga menambah bahawa ahli-ahli kakitangan lain dan lembaga pengarah kelab juga semua telah diuji negatif untuk virus itu.

Ia masih dapat dilihat bagaimana penyebaran coronavirus akan menjejaskan musim bolasepak secara keseluruhan, dengan peningkatan jumlah permainan yang dimainkan secara tertutup dan liga Itali, Serie A baru-baru ini digantung.

Ini juga membawa persoalan adakah liga bolasepak Eropah juga akan terjejas dimana ianya boleh terjadi seperti Itali dan kejohanan lain juga mungkin juga akan ditangguhkan dalam minggu-minggu akan datang, sekiranya wabak ini semakin serius.

Olympiacos FC informs that after the required medical exams to which all the members of the football staff (players, coaching, medical and technical staff of the team), as well as all the board members and staff, were submitted, all the tests came out negative for the COVID-19 virus.

Evangelos Marinakis adalah pemilik kelab bolasepak Olympiacos di Greece dan Nottingham Forest di England, disahkan terkena jangkitan virus corona.
About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment