Sergen Yalcin adakan perbincangan dengan pengurusan kelab mengenai Elneny.

Takvim mendakwa pengurus Besiktas, Sergen Yalcin telah mengadakan perbincangan dengan lembaga pengurusan kelab mengenai perpindahan untuk musim depan.

Laporan akhbar Turki itu mendedahkan dimana ketika perbincangan tersebut berlangsung, nama pemain pinjaman Arsenal, Mohamed Elneny telah disebut dan diletakkan diatas meja serta Yalcin turut dilaporkan ingin melihat pemain tengah Mesir itu berada dalam pasukannya musim depan.

Legenda Besiktas itu dilaporkan berkata bahawa kehadiran Elneny ‘dapat melakukan kerja-keja ajaib’ dalam pasukannya untuk musim depan.

Dan dia telah meminta lembaga pengurusan Besiktas untuk mengekalkan pemain milik Arsenal itu untuk satu musim lagi, selepas berakhirnya kempen kali ini.

Elneny telah menjadi salah seorang pemain yang paling konsisten dalam pasukan Besiktas musim ini dan nampaknya Yalcin juga gembira dengan persembahannya sejak dia mula mengambil alih kelab itu.

Sergen Yalcin dilantik menjadi pengurus Besiktas awal tahun ini menggantikan Abdullah Avci yang dipecat.

Sekiranya Elneny kekal di Vodafone Park, Yalcin percaya bekas pemain tengah Basel itu akan menjadi sebahagian daripada pasukannya.

Pemain berusia 27 tahun itu telah membuat 28 penampilan untuk Black Eagles dalam semua pertandingan musim ini dan kontraknya dengan Arsenal akan tamat pada akhir Jun 2022.

Laporan Takvim mengenai Elneny.

Rujukan dan sumber: Turkish Football News, Takvim

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment