Steven Gerrard tidak mahu musim ini ditamatkan begitu sahaja.

Rangers
Steven Gerrard

Pengurus Glasgow Rangers ini memberikan pendapatnya mengenai pembendungan virus Corona sambil terus bermain baki perlawanan musim ini.

Dia tidak bersetuju Scottish Premiership musim ini ditamatkan sebegitu sahaja, sebaliknya mahu ianya diteruskan sehingga tamat walaupun terpaksa bermain di stadium tertutup.

Ketua Eksekutif Scottish Professional Football League, Neil Doncaster mendakwa pada minggu lepas bahawa krisis virus Corona ini “mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk melengkapkan SPFL musim ini”.

Kenyataannya itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan para peminat Rangers, kerana Celtic mungkin akan dihadiahkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut tanpa perlu melengkapkan baki perlawanan musim ini.

Tetapi Gerrard berkata: “Saya rasa ianya akan menjadi satu tamparan besar buat semua pihak sekitar Eropah dan dunia andai kempen kejohanan-kejohanan liga dan piala tidak dapat dihabiskan, kerana mereka telah mendapatkan peluang untuk berada di mana mereka berada sekarang ini.

“Jadi saya tidak mahu apa-apa pun ditamatkan sekarang.

“Jika kami diberitahu satu-satunya cara untuk menamatkannya (bermain di stadium tertutup), maka kami akan ikut.”

“Sudah tentu saya tidak gembira dengan perkara ini,” kata Gerrard.

“Bolasepak adalah mengenai suasana dan penyokong dan peluang untuk dicapai oleh orang ramai untuk mengikuti pasukan mereka, terutama apabila anda sudah berada di tahap ini dalam sesuatu pertandingan.

“Saya tahu betapa girangnya para penyokong kami. Untuk kedua-dua kelab, ianya bukan situasi yang ideal, tetapi ianya memang begitu.

“Kami perlu menurut mereka yang pakar dalam situasi dan melakukan apa yang telah diberitahu.

Rangers akan menerima kunjungan Bayer Leverkusen dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Europa League pada hari Khamis nanti.

Dan perlawanan timbal balik di Jerman akan ditempatkan di stadium tertutup kerana isu virus Corona ini.

“Saya bukanlah pakar untuk memberikan nasihat mengenai situasi ini. Ianya situasi unik yang saya belum pernah hadapi sebelum ini.

“Saya pasti para penyokong akan melakukan apa yang mereka inginkan.

“Jadi saya tidak pasti apakah pesanan yang sepatutnya disampaikan kepada mereka.

“Jika mereka sudah membayar tiket penerbangan dan mereka mahu pergi untuk menyokong pasukan dalam apa cara sekali pun, saya akan bersama mereka.”

Skuad bimbingan Gerrard ini menewaskan kelab Portugal, Braga secara agregat 4-2 dalam pusingan 32 pasukan terakhir bulan lepas untuk menempah tempat ke pusingan ini.

Steven Gerrard meraikan kejayaan menewaskan Braga bulan lepas

Manakala dalam saingan liga domestik, Rangers berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 67 mata dari 29 perlawanan, kurang satu perlawanan berbanding Celtic namun ketinggalan 13 mata untuk mengejar pendahulu liga itu.

Selepas aksi menentang Bayer Leverkusen, Rangers akan berdepan derbi Glasgow lawan Celtic di Stadium Ibrox pada hari Ahad ini.

Be the first to comment