Connect with us

Arsenal

Tawaran mendapatkan Camara dari kelab Inggeris pernah ditolak Olympiacos.

Published

on

Arsenal berminat dengan pemain tengah yang mana tawaran € 10 juta Sheffield United sudah pun ditolak.

Menurut Sdna.Gr, pengendali Arsenal, Mikel Arteta telah meminta laporan terperinci mengenai pemain tengah Olympiacos, Mady Camara, setelah pemain itu mempamerkan aksi yang mengagumkan minggu lalu di Emirates.

Pemain itu merupakan salah satu punca mengapa pihak Pedro Martins berjaya menyingkirkan Arsenal dari saingan Eropah dan laporan Sdna mengatakan bahawa Arteta ingin mendapatkannya pada jendela depan.

Ia mendakwa Arsenal boleh berada di dalam perebutan untuk menandatangani pemain berusia 23 tahun itu, yang juga dikaitkan dengan perpindahan ke Sheffield United pada Januari lalu.

Laporan Sdna.Gr mengenai minat Arsenal terhadap Camara.

Sdna berkata, Olympiacos menolak tawaran € 10 juta dari kelab Yorkshire ketika Chris Wilder berhasrat untuk mengukuhkan skuadnya.

Chris Wilder, pengendali Sheffield United terlebih dahulu terpikat dengan Camara.

Selepas menyertai pasukan Perancis, AC Ajaccio pada 2018, Camara menjadi pemain penting Erythrolefki dan persembahannya telah menarik perhatian beberapa kelab utama di Eropah.

Olympiacos dilaporkan menilai Camara pada € 20 juta dan perpindahan keluar pemain tersebut pada musim panas boleh berlaku sekiranya Arsenal atau kelab-kelab lain yang berminat, bersetuju untuk membayar jumlah itu.

Advertisement

Camara telah membuat 37 penampilan untuk kelabnya dalam semua pertandingan dan di bawah kontrak Karaiskakis Arena sehingga Jun 2023.