“Tidak boleh tutup pintu” – kakak Mkhitaryan.

Kakak Henrikh Mkhitaryan dakwa pemain itu terbuka untuk sertai mana-mana kelab.

Youtuber Rusia, Evgeny Savin baru-baru ini membuat dokumentari mengenai Henrikh Mkhitaryan di mana pemain berusia 31 tahun itu bercakap panjang lebar dalam pelbagai topik.

Pemain antarabangsa Armenia mendedahkan masalahnya dengan Jose Mourinho di Manchester United dan bagaimana perpindahan ke Emirates adalah ‘impian’ baginya.

Beliau juga mendedahkan dimana dia boleh menyertai sama ada Tottenham Hotspur atau Liverpool sebelum menandatangani kontrak untuk bersama The Gunners.

Mkhitaryan kini dipinjamkan ke AS Roma dan pengurus mereka, Paulo Fonseca telah menyatakan hasratnya untuk menandatangani bekas pemain Borussia Dortmund itu secara tetap.

Ia masih tidak jelas di mana Mkhitaryan akan bermain pada musim depan.

Kakaknya, Monika, juga turut membuat penampilan dalam dokumentari Evgeny Savin mengenai pemain milik Arsenal itu.

Dan dia mengakui adiknya akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Zenit Saint Petersburg pada musim panas nanti.

“Dalam hidup anda tidak boleh menutup pintu pada apa sahaja.

“Henrikh bersedia untuk mempertimbangkan pilihan ini dan dia suka Rusia, ” kata Monika seperti yang dikemukakan oleh TuttoMercatoWeb.

Kontrak Mkhitaryan di Emirates bakal berakhir pada Jun 2021 dan Arsenal perlu mengambil keputusan untuknya selepas musim ini, sama ada mahu mengekalkannya selaku pemain The Gunners atau mahu mendapat sedikit keuntungan dengan menjualnya.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment