Tokyo 2020: Sukan Olimpik bermula 23 Julai 2021

Olimpik Tokyo 2020 telah dijadualkan semula ke tarikh yang baru setelah terpaksa ditunda kerana pandemik virus corona, pengesahan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sukan ini akan dijalankan sehingga 8 Ogos, menggunakan tempoh masa yang sama seperti yang dijadualkan pada tahun ini, manakala Sukan Paralimpik akan bermula dari 24 Ogos sehingga 5 September.

“Tarikh baru ini memberikan penguatkuasa kesihatan dan kesemua yang terlibat dalam organisasi sukan ini masa yang maksimum untuk mengendalikan perubahan secara kerap landskap dan gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19,” kenyataan bersama dari IOC, Jawatakuasa Paralimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjuran Tokyo 2020, dan kerajaan Jepun.

“Tarikh baru ini, setahun kemudian dari tarikh asal yang telah dirancang untuk 2020 juga memberi manfaat tambahan di mana sebarang gangguan daripada penangguhan yang memberikan kesana kepada kalendar sukan antarabangsa dapat dikurangkan sehingga ke tahap minimum, untuk kebaikan para atlet dan persekutuan antarabangsa.

“Tambahan, mereka mempunyai masa yang cukup untuk menamatkan proses kelayakan.

“Langkah-langkah pengurangan haba yang sama seperti diracangan untuk 2020 juga akan dilaksanakan.”

Badan Ekskutif Penganjuran Tokyo 2020 telah bermesyuarat pada hari Isnin dan akan mengumumkan jumlah sukarelawan yang diperlukan sudah dicapai, dan kini akan bertanya kepada mereka yang sudah disahkan peranan mereka andai mereka mahu turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang telah dijadualkan semula.

Pembawa Obor yang telah disahkan untuk Larian Obor yang telah ditunda juga akan diberikan keutamaan dalam pemilihan Larian Obor Olimpik pada tahun hadapan.

Pihak penganjur sedang mengusahakan langkah-langkah bagi memastikan tiket yang telah dibeli masih sah untuk acara yang dijadualkan semula tahun hadapan dan berhadapan dengan pengembalian semula nilai wang kepada pemegang tiket yang tidak dapat hadir acara ini pada 2021.

Tambahan lagi, pihak penganjur juga mengumumkan kesemua 18 acara Percubaan Olimpik bermula April 2020 dan seterusnya akan ditunda.

Tokyo 2020 merupakan kali kedua Jepun dan ibu negara matahari tersebut menganjurkan Sukan Olimpik yang dianjurkan setiap empat tahun.

Kali pertama adalah pada tahun 1964.

Be the first to comment