Torreira dedahkan stadium paling indah.

Peminat dan penyokong Arsenal pasti tidak gemar dengan pengakuan yang dibuat pemain tengah The Gunners.

Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira telah ditemubual oleh Youtuber Argentina, Ezzequiel minggu ini dalam satu episod yang mereka panggil ‘Kuarantin Khas’.

Saluran itu mempunyai permainan di mana pemain bolasepak hendaklah menjawab seberapa banyak soalan yang mampu dijawab dalam tempoh 90 saat.

Dan itu menyebabkan mereka (pemain-pemain yang disoal) pada dasarnya hanya mampu memberikan jawapan pendek (ringkas).

Torreira menamakan Kevin De Bruyne sebagai pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan berkata Old Trafford – Manchester United adalah stadium paling indah yang pernah beliau bermain.

Kevin De Bruyne

Walaupun pengiktirafan De Bruyne tidak akan dipertikaikan, namun peminat dan penyokong Arsenal mungkin tidak terlalu gembira dengan rasa kagum Torreira terhadap Old Trafford.

Old Trafford

Torreira juga telah ditanya mengenai kelab kegemarannya dan idolanya, dan dia tidak ragu-ragu ketika menjawab ‘Boca Juniors‘ dan ‘Carlos Tevez‘.

Teves kini bersama Boca Juniors, kedua-dua merupakan idola Torreira.

Dan kata-kata Torreira itu kemudiannya menjadi isu hangat media Argentina ketika ini, walaupun mereka ‘sedikit memutarkan’ kenyataan pemain Arsenal ini.

Laman web seperti Bola Vip mengeluarkan laporan seolah-olah Torreira mengeluarkan kenyataan penuh dengan berkata “Saya melihat Boca dalam bolasepak Argentina, saya melihat diri saya bermain di sana pada masa akan datang.

“Pemain kegemaran saya ialah Tevez. Saya bermimpi bermain di La Bombonera. ”

Torriera juga diminta untuk menyenaraikan pasukan pilihannya sepanjang zaman.

Pemain tengah Arsenal itu berkata ia akan diuruskan oleh Oscar Tabarez, dan barisan pula akan dibarisi pemain seperti – Buffon; Dani Alves, Sergio Ramos, Diego Godin, Roberto Lago; Andrea Pirlo, Andres Iniesta, Gennaro Gattuso; Lionel Messi, Edinson Cavani dan Ronaldinho.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment