Undian Peringkat Suku Akhir Piala FA.

Undian Suku Akhir Piala FA – The Emirates Cup akan dijalankan selepas perlawanan Manchester City bertemu Sheffield Wednesday.

City akan berkunjung ke Stadium Hillsborough bagi menghadapi Sheffield Wednesday untuk perlawanan peringkat kelima Piala FA dan perlawanan tersebut dilangsungkan jam 3.45 pagi, esok waktu Malaysia.

Dan selepas perlawanan tersebut berakhir, proses undian bagi menentukan pasukan mana yang akan bertemu siapa akan dijalankan (peringkat suku akhir).

Undian tersebut akan dihoskan oleh Mark Chapman dan dikendalikan oleh Martin Keown dan Chris Waddle.

Dan cabutan itu akan disiarkan secara langsung dari Hillsborough melalui BBC One dan BBC iPlayer dari 9.50 malam (waktu UK) dan ianya tertakluk kepada masa tambahan dan penalti (kira-kira jam 6 pagi waktu Malaysia)

Perlawanan suku akhir dijadualkan berlangsung pada hujung minggu Sabtu 21 Mac, dengan kelab pemenang mengumpul £720,000 dari dana hadiah yang disediakan.

Nombor Undian

1 – Sheffield Wednesday atau Manchester City
2 – Sheffield United
3 – Chelsea
4 – Newcastle United

5 – Leicester City atau Birmingham City
6 – Derby County atau Manchester United
7 – Tottenham Hotspur atau Norwich City
8 – Arsenal

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment