Victor Wanyama sertai Montreal Impact

Victor Wanyama

Pemain tengah Tottenham Hotspur sah menyertai kelab Major League Soccer (MLS) iaitu Montreal Impact, yang dikendalikan oleh Thierry Henry.

Wanyama dilihat sebagai pemain lebihan oleh skuad Spurs kini yang diuruskan oleh Jose Mourinho.

Dia hanya bermain selama 24 minit perlawanan PL musim ini.

Pemain antarabangsa Kenya ini sudah bersama Spurs selama tiga tahun setengah, dan membuat 97 penampilan senior dalam semua kejohanan, menjaringkan tujuh gol.

Dengan kekurangan peluang untuk bermain skuad utama Spurs, dia membuat keputusan untuk menyertai skuad penyerang legenda Arsenal, Thierry Henry, dan telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab tersebut.

Wanyama mungkin akan membuat debut untuk Montreal pada perlawanan hari Sabtu ini menentang FC Dallas.

Henry berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama musim baru ini, menang 2-1 ke atas New England Revolution hasil jaringan gol oleh Romell Quioto and Maximiliano Urruti.

Thierry Henry menyaksikan anak buahnya beraksi menentang New England Revolution

Pemain berusia 28 tahun yang selesa beroperasi di posisi pemain tengah defensif menyertai Spurs dari Southampton pada 2016 dengan yuran perpindahan sebanyak £11 juta. Namun dia lebih mula mendapat perhatian ketika beraksi untuk kelab Scotland, Glasgow Celtic.

Dia dibawa masuk ke kancah PL oleh Mauricio Pochettino semasa pengurus Argentina itu masih menguruskan Southampton, yang kemudian mengikutinya ke London selepas setahun, dan bermain 36 dari 38 perlawanan PL dalam musim pertamanya (2016/17).

Namun masalah kecederaan yang berulang kali mengehadkan penampilannya, dan dia semakin tidak mendapat tempat musim ini dengan ketibaan Tanguy Ndombele.

Semoga berjaya mengembalikan prestasi anda di sana di bawah pengurusan Thierry Henry.

Be the first to comment