Video: Aaron Ramsey jaringkan gol penting Juventus ketika menentang Inter.

Juventus semakin menghampiri gelaran Serie A dengan kemenangan Derby d’Italia, gol dari Aaron Ramsey dan Paulo Dybala.

Terdapat banyak perbincangan pada bulan Januari mengenai masa depan Aaron Ramsey yang dikatakan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris, tetapi dia sebenarnya mula membina dirinya di Juve.

Dia kelihatan berbahaya sepanjang malam dengan beberapa larian dalam kawasan lawan dan ini sebenarnya menunjukkan naluri seorang penyerang ketika dia menerkam bola muntah untuk membakar semangat pasukan, untuk memimpin perlawanan:

Ini boleh menjadi gol penting kerana ia akan meletakkan pasukannya di puncak liga dan juga menjarak jurang di antara mereka dengan pasukan Antonio Conte, Inter Milan.

Kedudukan Serie A selapas perlawanan pagi tadi.

Perlawanan itu diadakan tanpa kehadiran penyokong dan penonton serta ia sedikit pelik kerana tidak mendengar bunyi bising hasil sorakan penyokong, namun ia jelas betapa jaringan tersebut begitu bermakna kepada bekas pemain Arsenal ini.

Keputusan penuh peralawanan.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment