Connect with us

Arsenal

14 perkara menarik pada tarikh hari ini, 12 haribulan April.

Published

on

Senarai perkara-perkara menarik yang terjadi pada tarikh 12 April berkaitan Arsenal.

12 April 1895: Arsenal menewaskan Walsall TS 6-1 untuk menjadikannya 13 gol dalam dua perlawanan. Buchanan menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan, tetapi dua gol Mortimer menjadikannya penjaring gol terbanyak untuk musim ini dengan 14 gol.

2 April 1910: Selepas Arsenal memainkan perlawanan mereka (sebelum ini dibatalkan pada 6 September) menentang Aston Villa, George Leavey bertemu dengan kumpulan Dr John Clarke dimana ia telah menyatukan pembelian syarikat itu dari pelikuidasi.

Advertisement

*pelikuidasiindividu yang dilesenkan sebagai plekuidasi dan telah dilantik oleh mahkamah dimana ianya merupakan pihak yang mengenal pasti dan mencairkan aset milik syarikat pada harga terbaik dan dengan kaedah yang memberi kelebihan kepada syarikat yang digulungkan.

12 April 1913 – Woolwich Arsenal 1- 2 Derby, dan Arsenal diturunkan liga untuk kali pertama dan ia merupakan satu-satunya dalam sejarah The Gunners diturunkan liga, di hadapan 4,000 penyokong. Arsenal mencatatkan dua keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir mereka (termasuk bermain ditempat lawan ketika menentang Tottenham) tetapi pada masa itu ia sudah terlambat. Bagaimanapun, berita itu dibayangi oleh tuduhan mengatur perlawanan.

12 April 1919: Dengan Leslie Knighton sebagai pengurus, beliau berpeluang untuk pertama kalinya menonton kelab barunya menentang Clapton Orient yang berkesudahan seri 2-2 dengan Arsenal di hadapan 10,000 penonton. Sementara itu di Highbury, Tottenham menentang QPR (kalah 2-3) sementara keputusan lain, Brentford 5 – 0 Fulham melengkapkan pasukan Gabungan London terakhir era perang untuk Brentford.

12 April 1920: Walaupun mempunyai 7 perlawanan liga untuk dimainkan pada bulan ini, Arsenal juga bermain dalam dua perlawanan persahabatan dimana satu perlawanan berlaku pada hari ini menentang jiran terdekat, Clapton Orient. Arsenal kalah 5-1 namun Tom Whittaker menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal.

Advertisement

12 April 1930: Arsenal bermain lapan perlawanan pada April 1930 dan akhirnya menamatkan saingan di tangga ke-14 liga, tetapi mendapat pampasan kerana memenangi piala. Bagaimanapun pada hari ini Arsenal mengalahkan Sheffield United 8-1. Lambert menjaringkan hat trick.

12 April 1947: Alexander Rooney Forbes mendapat cap pertama bersama Scotland. Dia bermain 217 perlawanan liga untuk Arsenal antara 1948 dan 1956.

12 April 1948: Arthur Shaw ditandatangani dari Brentford. Dia terlibat dalam kisah tuduhan merokok, bermain 57 permainan liga untuk Arsenal. Walaupun menjadi juara liga bersama Arsenal, namun tidak banyak kisahnya di ingati selain itu dia juga bermain bermain untuk Watford dan kemudiannya untuk Southall, Hayes dan Gravesend & Northfleet.

12 April 1980: Arsenal 0 – 0 Liverpool ; separuh akhir Piala FA Cup nombor 15. Ia adalah musim kedua yang mana Arsenal memerlukan empat atau lebih perlawanan untuk memenangi perlawanan Piala FA, tetapi ini tidak berlaku lagi sehingga bertemu Leeds pada tahun 1991.

Advertisement

12 April 1982: Arsenal 1-3 Tottenham, hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan dalam enam perlawanan, menyebabkan Arsenal jatuh ke tangga ke-10, kedudukan terburuk kelab sejak 1976. Hawley menjaringkan gol tunggal Arsenal dihadapan 48,897 penonton.

12 April 1994: Arsenal mara final Piala Pemenang Piala dengan mengalahkan PSG 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Highbury, setelah mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama. Campbell menjairngkan gol pada tujuh minit pertama perlawanan.

12 April 1995: Arsenal 0-1 Liverpool, hanya mencatatkan satu kemenangan dan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan liga, menyaksikan Arsenal tergelicir jatuh ke tangga ke-12 liga, selepas mengharungi 37 perlawanan. Arsenal pada masa ini berada 39 mata di belakang pendahulu liga dan lima mata dari zon penyingkiran.

12 April 2013: Bekas pemain Arsenal, Brian McDermott mengambil alih tugas sebagai pengurus Leeds United, namun sifat kelam kabut kelab itu akhirnya menyaksikan dia meninggalkan dan kembali ke Arsenal yang lebih stabil.

Advertisement

12 April 2014: Ketika mengalahkan Wigan 4-2 menerusi penentuan penalti, Arsenal telah menyamai semua rekod kejayaan separuh akhir Piala FA. Setahun kemudian, mereka meleburkan rekod itu. Mertesacker menjaringkan gol dalam masa yang sebenar perlawanan sementara, Arteta, Kallstrom, Giroud dan Cazorla menjaringkan gol sepakan penalti mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply