Connect with us

Arsenal

Alexis Sanchez boleh kembali ke tahap sebenarnya

Published

on

Ketua jurulatih Chile Reinaldo Rueda yakin Alexis Sanchez boleh beraksi di tahap tertinggi di mana-mana kelab yang memberikannya peluang.

Bekas pemain Arsenal telah bertahan dalam tempoh ‘sukar’ sejak menyertai Inter Milan dari Manchester United, namun Reinaldo Rueda menegaskan Sanchez masih mempunyai baki beberapa tahun untuk bermain di tahap tertinggi.

Sanchez mengalami kecederaan buku lali pada bulan Oktober lepas semasa bermain untuk pasukan negaranya, beberapa bulan selepas berpindah ke Inter dengan kontrak pinjaman semusim.

Advertisement

Dia gagal untuk menjaringkan gol dalam 11 penampilan sejak kembali beraksi pada Januari lalu, dan keadaan menyukarkan dirinya untuk meyakinkan kelab Itali itu untuk menjadikan perpindahannya kepada perpindahan tetap.

Tetapi Rueda telah mempertahan pemain berusia 31 tahun ini untuk kembali ke tahap terbaiknya, seperti yang diberitahu kepada penerbitan Sepanyol Sport: “Ianya satu tahun yang sukar buat dirinya, dan ianya bermula apabila dia meninggalkan Arsenal dan tahun pertamanya di Manchester United.

“Dia tidak bernasib baik apabila mengalami kecederaan ketika beraksi dalam satu perlawanan persabahatan menentang Colombia di Alicante.

“Ia seakan menamatkan perpindahan secara pinjamannya ke Inter, dan isu pandemik pula timbul apabila dia sudah pulih dari kecederaan.

“Saya harap perkara-perkara ini akan berlalu dengan cepat kerana dia seorang pemain profesional yang hebat, mempunyai etika kerja yang kuat dan dia akan beraksi di tahap tertinggi di mana-mana kelab yang memberikannya peluang.

Advertisement

“Dia masih boleh bermain di tahap tertinggi.

Rueda juga memberikan pendapatnya mengapa dia tidak boleh berjaya di Barcelona.

Dia menyertai Barcelona dari kelab Itali Udinese pada tahun 2011, sebelum berpindah ke Arsenal selepas tamat Piala Dunia 2014 di Brazil.

“Terdapat banyak faktor yang boleh hadir sekali untuk pemain-pemain hebat untuk tidak berjaya dalam sesebuah kelab,” tambah Rueda.

Advertisement

“Selepas memainkan peranan penting dan menjadi pemain berpengaruh di tempat lain, agak sukar untuk datang ke Barcelona tetapi hanya mengetahui bermain sebagai pemain sokongan.

“Telah banyak berlaku ke atas ramai pemain di sana. Hanya sebilangan kecil yang berjaya menyesuaikan diri dengan peranan baru dengan pantas.

Neymar dan mungkin Arturo Vidal [boleh berada di dalam kategori ini] juga, mereka telah menunjukkan kepintaran bolasepak mereka.

“Tidaklah mudah untuk menunding jari kepada Alexis tidak dapat berjaya di Barcelona.”

Advertisement
Prestasi Sanchez mula dipersoalkan semenjak meninggalkan Arsenal untuk Manchester United.