Connect with us

Bayern Munich

Alphonso Davies tandatangani kontrak lanjutan baru jangka masa panjang bersama Bayern Munich

Published

on

Bayern Munich, FC Bayern

Pemain bek kiri Bayern Alphonso Davies telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama kelab sehingga tahun 2025.

Kontrak asalnya akan tamat pada 30 Jun 2023, namun kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menambah lagi dua tahun dalam kontrak pemain muda ini.

“Saya sangat gembira. FC Bayern merupakan salah satu kelab terbaik di dunia, dan ianya seperti impian menjadi kenyataan buat saya untuk bermain di sini,” kata Davies dalam kenyataan kelab.

Advertisement

“Saya sudah berasa gembira sejak hari pertama lagi.

“Saya mahu memenangi seberapa banyak kejuaraan yang boleh bersama kelab ini.

“Mentaliti untuk memenangi segalanya dalam DNA FC Bayern”

Alphonso Davies menandatangani kontrak lanjutan baru bersama Bayern Munich

Davies menyertai kelab gergasi Jerman ini dari Vancouver Whitecaps pada tahun 2018, dan perkembangan semakin meningkat pada musim ini.

Posisi asalnya adalah pemain sayap menyerang, namun dia telah menemui peranan baru, bermain sebagai pemain bek kiri dalam sistem Bayern.

Advertisement

Dia telah bermain 71% dari keseluruhan minit Bayern musim ini dan telah terlibat dalam sembilan gol dalam 32 perlawanan kompetitif.

Dan hasilnya, nilai pasaran Davies telah melonjak ke €50 juta namun telah susut 10% pada minggu lepas kerana penyesuai pasaran akibat virus corona.

Namun begitu, pemain berusia 19 tahun ini kini telah menjadi pemain bek kiri kedua paling bernilai di dunia.

“Alphonso Davies adalah seorang pemain yang sudah mencapai tahap permainan yang tinggi di usia muda, dan pada masa yang sama, masih mempunyai potensi perkembangan yang hebat,” ahli Lembaga Eksekutif Oliver Kahn berkata dalam kenyataan kelab.

Advertisement

“Sesiapa sahaja yang bermain tahap tertinggi secara konsisten di FC Bayern pada usia muda boleh mempunyai karier yang hebat di hadapannya.”

Pengarah Sukan Hasan Salihamidzic juga gembira dapat menyelesaikan perbincangan kontrak ini.

“Dengan semangat, kepantasan, dan sikap profesional dirinya, Alphonso sangat sesuai dengan pasukan kami,” kata Salihamidzic.

“Dia juga merupakan aset yang penting.

Advertisement

“Kini bergantung kepada kami untuk memastikan Alphonso terus stabil dengan permainannya yang hebat ini, dan dia mengambil langkah seterusnya dalam pengembangannya dengan fokus dan keberanian yang sama yang dimilikinya sekarang.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply