Connect with us

Arsenal

Anderlecht tunggu masa untuk buang Samir Nasri

Published

on

Anderlecht

Kelab Belgium tersebut bersedia untuk memecat Samir Nasri kerana masalah disiplinnya semasa tempoh lockdown virus corona.

Bekas pemain Arsenal ini gagal mematuhi arahan kelab untuk melaporkan setiap pergerakan dan jadual latihan kepada pihak kelab semasa tempoh lockdown ini.

Nasri telah terbang ke Dubai dan langsung tidak menghubungi majikannya selepas itu, menurut laporan berita Belgium Derniere Huere.

Advertisement

Setiap pemain Anderlecht telah melaporkan seperti yang telah diarahkan kecuali bekas pemain bintang Premier League ini.

Nasri pernah digantung selama 18 bulan kerana menjalani rawatan titisan intravena di klinik Los Angeles ketika dalam tempoh pinjaman di Sevilla dari Manchester City.

Sejak sertai Anderlecht dari West Ham United pada Julai tahun lepas, Nasri hanya membuat tujuh penampilan liga dan menjaringkan satu gol.

Impaknya di kelab tersebut tidak seperti yang diharapkan para peminat dan majikannya, dan dengan masalah terbaru ini, dia boleh mula mencari kelab baru yang masih berminat dengan khidmatnya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply