Connect with us

Arsenal

Andre Arshavin percaya masa Mesut Ozil di Arsenal sudah berakhir

Published

on

Bekas pemain Arsenal ini memberikan pandangannya mengenai permainan Mesut Ozil yang dilabelkan sebagai ‘perlahan’.

Dia juga merasakan pemain tengah tersebut sudah ‘tiada masa depan’ di Stadium Emirates.

Ozil semakin hampir keluar dari kelab ketika di bawah pengurusan Unai Emery, namun karier dan permainannya dapat diperbaiki selepas Mikel Arteta mengambil alih tugasan Ketua Jurulatih di kelab, menggantikan Emery.

Advertisement

Sehingga tamat perlawanan menentang West Ham United pada awal Mac lepas, Ozil hanya menjaringkan satu gol dan membuat tiga assist dalam 23 penampilannya untuk the Gunners musim ini.

Statistik itu menunjukkan prestasi dan permainannya setakat ini.

Oleh sebab itu, Arshavin percaya masa depan Ozil di utara London semakin kelam.

“Sudah tentu saya menghormatinya sebagai seorang pemain. Mesut seorang pemain berkelas dunia,” kata pemain Russia itu kepada 888 Sport.

Advertisement

“Tetapi pada pandangan peribadi saya, dia memperlahankan permainan.

“Saya lebih suka memilih pemain yang lain. Mikel, seperti yang kita lihat, sangat berbeza dan sentiasa memainkannya.

“Dia meningkatkan permainnnya di Arsenal, tetapi saya tetap rasakan dia tiada masa depan di sana.”

Selepas mengharungi musim terburuk mereka setakat ini, Arsenal kini menduduki tempat kesembilan dalam Premier League.

Advertisement

Dan Arshavin percaya beberapa masalah-masalah yang dihadapi oleh bekas kelabnya itu sudah dapat diatasi.

Salah satu gaya jaringan gol Andrey Arshavin

“Bagi saya, skuad Arsenal tidak seimbang,” katanya lagi.

“Dari segi serangan, mereka sangat bagus dan bermain permainan bolasepak yang cantik.

“Memang bagus untuk ditonton. Tetapi dari segi pertahanan – termasuk semasa saya bermain di sana – Arsenal memang lemah.

“Kadang-kadang kerana masalah kecederaan, kadang-kadang kerana kurang pengalaman tetapi saya tidak tahu kenapa perkara ini masih tidak berubah.

Advertisement

Walaupun begitu, Andrey Sergeyevich Arshavin berkata Arteta merupakan orang yang tepat untuk meningkatkan prestasi bekas kelabnya itu dan pengalamannya bersama Arsene Wenger akan membantunya untuk mencapai kejayaan di sana.

“Dia merupakan pilihan yang bagus dan tepat kerana dia pernah bermain di Arsenal dan sudah mengenali kelab.

“Dia bekerja dengan Arsene dan mendapat pengalaman yang bagus daripadanya,” tambah Arshavin lagi.

“Dia juga dihormati oleh kelab dan para pemain. Arsenal sudah berubah sejak dia mengambil alih; tidaklah terus berubah tetapi sekarang berada di kedudukan dan arah yang betul.

Advertisement

“Tetapi sukar untuk meramalkan samada Arsenal boleh menamatkan musim di zon Liga Juara-Juara Eropah, terutama melihat di mana kami berada sekarang.”

Andrey Arshavin bermain untuk FC Kairat (Kazakhstan) sebelum bersara pada Disember 2018

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply